Monday, February 22, 2010

Perkara Haram Yang Dianggap Biasa

Saya tertarik dengan sebuah buku yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang bertajuk PERKARA HARAM YANG DIANGGAP BIASA. Disini saya ingin mengambil satu contoh yang berkaitan dan selalu dilakukan dikalangan kita masyarakat Islam.



Memasuki masjid selepas memakan bawang merah, bawang putih atau sesuatu yang berbau kurang menyenangkan. Dalam konteks tajuk ini, disertakan beberapa dalil dari Al-Quran dan Sunnah.
Antaranya ialah:

Firman Allah dalam surah Al-A’raf yang bermaksud “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid…”

Dari Jabir Radhiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya Barangsiapa makan bawangputih atau merah hendaklah ia menjauhi kami. Atau beliau bersabda, hendaklah ia menjauhi masjid kami dan diam dirumahnya”.

Dalam riwayat  Muslim juga disebutkan
“ Barangsiapa makan bawang merah, bawang putih dan bawang besar, maka janganlah mendekati masjid kami. Sesungguhnya malaikat merasa sesuatu yang anak Adam terganggu dengannya”

Suatu ketika, Umar bin Khattab Radhiallahu Anhu berkhutbah Jumaat, dalam khutbahnya ia berkata
“…kemudian kalian wahai manusia, memakan dua pohon yang aku tidak memandangnya kecuali dua hal yang buruk(bawang), yakni bawang merah dan bawang putih. Sungguh aku melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila mendapatkan bau keduanya dari seseorang dalam masjid, beliau memerintah orang tersebut keluar kepadang yang luas. Kerana itu, barangsiapa memakannya hendaklah mematikan (bau) keduanya dengan memasaknya”


Termasuk dalam hal ini adalah bagi mereka yang selepas bekerja terus masuk ke masjid, dalam konteks ini, bau stokin, pakaian, bau badan mereka menyebarkan bau yang kurang menyenangkan. Lebih buruk dari itu adalah orang-orang yang membiasakan diri merokok yang hukumnya adalah haram. Kemudian mereka masuk masjid dan menyebarkan bau yang menggangu hamba-hamba Allah, para malaikat dan mereka yang sedang solat.

1 comment:

Nan said...

betul2.
Seeloknya kalu yang bru pas melakukan aktiviti yang menyebabkan dia berpeluh, haruslah stndby dgn perfume@kain bg nk solat.
Ble berjemaah, rasakusyukla ckit kn nk solat lagi2 tme solat itu...Bgs artikel ini...Ana pn ckit sebanyak belajar jugak..tq2