Tuesday, July 17, 2012

Berpindah

Assalamualaikum...

Saya ingin memebuat pemberitahuan yang laman blog ini telah berpindah ke laman baru kerana ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan

Sekian terima kasih...

Monday, April 23, 2012

Kembali

Assalamualikum wbt

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt dengan izin dan limpah kurnianya, dapat lagi ana bersua di laman ini. agak lama menyepi, bukan bererti berhenti, tapi situasi yang baru ini memerlukan beberapa penambahbaikan dalam kehidupan yang serba mencabar ini.

Secara ringkasnya, beberapa event penting and the great memories already created since sep 2011 after Hari Raya Puasa. Bermula perjalanan sebagai seorang lelaki yang hanya tanggungjawabnya pada ibubapa, akhirnya, dengan izin Allah, daku telah pum memikul satu lagi amanah besar iaitu memimpin "tulang rusuk yang bengkok".

Untuk mencapai cita-cita yang secara dasarnya, semua manusia inginkan, memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang tinggi serta doa yang tiada putus kepada Allah swt. Bukan senang ingin mencari yang terbaik dan bukan juga susah. Tapi penelitian dan sandaran kepada sang pencipta adalah segala-galanya...

 Syukur Alhamdulillah;-)

Sunday, September 04, 2011

Ujian yang gagal


Sedih di hati pabila melihat sahabat-sahabat perjuangan yang berjuang bersama-sama di dalam akademi ramadhan gagal mengaplikasikan ilmu dan amalan selepas keluar dari akademi tersebut.

Sunday, August 21, 2011

Basikal biru, Basikal Merah


“Abg nk basikal warna biru!!!!, adik ambik la warna merah. Kan adik suka warna merah…”

“Tak nak, tak nak!!!, adik nak basikal biru jugak, adik tak kira!!!”

Thursday, August 18, 2011

Family

Tatkala mata semakin rapat tertutup, fikiran hanya pada tilam dan bantal, satu sms mengegarkan poketku…

Wednesday, August 17, 2011

Permata yang bersinar, Mawar berduri yang tajam


Laman web iluvislam aku tatap dengan penuh semangat. Artikal yang ditulis banyak membantu aku dalam penyebaran dakwah ini. Tiba-tiba khayalan aku membawa aku dimana aku bekerja dahulu. Tersenyum bila mengenangkan karenah manusia disana…
…………………………………………………………………………………………………………

Tuesday, April 12, 2011

BBQ Dalam hujan...Part 2

 Pagi yang hening dan sunyi mula di huru-harakan dengan deruan enjin moto dan kereta dari rumah aku sendiri...Barisan pendidik mula menyiapkan diri untuk ke sekolah masing-masing...Hari ini giliran aku dan marwan cuti. Tapi, projek Ulu Bendul sedang menunggu. Kerang sudah dibasuh dan di toskan. Keropok sudah digoreng dan kini kereta aku perlu dimandikan dahulu.

Sunday, April 10, 2011

BBQ dalam Hujan...Part 1

Kepada semua peserta-peserta family day ke Ulu Bendul, semua dikehendaki berada di sana tepat jam 1000.

Kena Bakor Dek Mentari...


Peristiwa sudah lama berlalu, akan tetapi, saat ini baru kesempatan ini datang untuk mencoret sesuatu disini. Alkisahnya bermula pabila perancangn olok-olok ke Broga Hill menjadi kenyataan. Broga Hill, bukan Bogel Hill.

Monday, April 04, 2011

Rumah dan Kampungku

Lama sudah tidak balik kampung, rindu sangat. Hujan lebat menyambut ketibaanku di kampung halaman yang tercinta, Bus yang aku naik arrive berhadapan Masjid Guntong ETA 0630. Abahku baru saja siap mengimamkan solat subuh di masjid tersebut...

Tiket Balik...

Ternyata pabila borang cutiku telah diterima, bermakna separuh fikiran mula melayan ke seluruh pelusuk kampungku yang terindah. 28 haribulan Mac, tarikh yang difikirkan  terbaik untukku. Tiketnya belum dibeli, nak naik flight ke, bas or keretapi...? mula-mula, aku buka air asia booking online, harga tiket KUL-KBR paling murah pum RM 90..tiket RM 53 sudah kehabisan...hurm..?

Wednesday, March 23, 2011

Kesenangan dan kesusahan...

Bagaimana ingin meluahkan kesyukuran pada Allah pabila nikmat yang ditarik sementara akhirnya dikembali semula...

Monday, March 21, 2011

Bismillahirahmanirahim

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

"O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful."

Wah!!!...rezeki-rezeki...;-)


Sekeres-keras batu akan terhakis jua walaupun dengan titisan air yang lembut. Di ibaratkan sepeti seketul hati yang keras dan hitam, akan menjadi lembut dan jernih kembali apabila aliran ayat-ayat suci al-quran mengalir menerusi hati tersebut.

Tuesday, March 15, 2011

Yang Pertama, kedua atau ketiga...?

Ada 3 pilihan. Yang mana satu yang akan menjadi pilihan...hurm...
semuanya terbaik. Semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing...
ketiga-tiganya seakan-akan sama

Sujudku Hanya PadaMU

Alhamdulillah... Di pagi yang nyaman ini, diriku mampu dan masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati keindahan Alam ciptaanNYA. Udara segar dan nyaman diselangi pula dengan bunyi kicauan burung, memecah kesunyian suasana pagi yang indah ini. Ketika ini, masih ada mereka yang lemah kudratnya untuk mengangkat hanya sehelai kain selimut yang nipis di tempat pembaringan. 

Monday, March 14, 2011

Percutiaan yang tidak dirancang...

Assalamualaikum WBT
Bismillahirahmanirahim

Dengan lafaz yang mulia ini, aku memulakan penceritaan daku bersama marwan pada 12 dan 13 MAC 2011. Bermula kisah pabila tibanya masa 0001, 12 MAC 2011, perancangn yang bermain-main di lubuk pemikiran kami hanyalah menghadiri majlis perkahwinan Syuhada dan Shahrulfaizi yang akan dilansungkan di Dewan Majlis Daerah Kampar, Perak....... Tepat jam 0830, penganti tugasan di Location kami tiba, kami bergegas mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah dan beristirehat seketika sebelum memulakan trip perjalanan ke Kampar, Perak.
....................

Thursday, March 10, 2011

Anak kandung ditirikan...


Situasinya ibarat anak kandung sendiri di anak tirikan. Ingin menjaga kebajikan anak tirinya yang baru, anak kandung sendiri diabaikan. Kesempatan diatas kebaikan, kepatuhan dan ketaatan anak tersebut digunakan untuk  menjaga hati si anak tiri yang baru itu. Lantas, kekecewaan anak kandung sendiri yang terbuku di lubuk sanubarinya  tiada diketahui oleh sesiapa pun.

Wednesday, March 09, 2011

Kesan paku pada tembok batu


Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah yang kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

Melangkah kembali ke sana...

Assalamualikum wbt
Bismillahirahmanirahim...

Tepat jam 0830 08 Mac 2011 dalam sedang mengemas barang-barang untuk pulang dari kerja, aku menerima panggilan dari Family.Nurul Malaysia( My beloved Sister)...
"Assalamualaikum abe, kak bertolak ke mesir pagi esok"..."hah!! pagi esok?, Bila dapat tahu?"..."Pagi tadi, dalam laman web JPA, petang ni kene bertolak ke KL da."..."tiket ke KL cm mane?"..."abh sedang uruskan, barang-barang kak tak g cari lagi ni..."