Lama sudah tidak balik kampung, rindu sangat. Hujan lebat menyambut ketibaanku di kampung halaman yang tercinta, Bus yang aku naik arrive berhadapan Masjid Guntong ETA 0630. Abahku baru saja siap mengimamkan solat subuh di masjid tersebut...
Monday, April 04, 2011
Tiket Balik...
Ternyata pabila borang cutiku telah diterima, bermakna separuh fikiran mula melayan ke seluruh pelusuk kampungku yang terindah. 28 haribulan Mac, tarikh yang difikirkan terbaik untukku. Tiketnya belum dibeli, nak naik flight ke, bas or keretapi...? mula-mula, aku buka air asia booking online, harga tiket KUL-KBR paling murah pum RM 90..tiket RM 53 sudah kehabisan...hurm..?
Wednesday, March 23, 2011
Kesenangan dan kesusahan...
Bagaimana ingin meluahkan kesyukuran pada Allah pabila nikmat yang ditarik sementara akhirnya dikembali semula...
Monday, March 21, 2011
Bismillahirahmanirahim
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
"O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful."
Wah!!!...rezeki-rezeki...;-)
Sekeres-keras batu akan terhakis jua walaupun dengan titisan air yang lembut. Di ibaratkan sepeti seketul hati yang keras dan hitam, akan menjadi lembut dan jernih kembali apabila aliran ayat-ayat suci al-quran mengalir menerusi hati tersebut.
Tuesday, March 15, 2011
Yang Pertama, kedua atau ketiga...?
Ada 3 pilihan. Yang mana satu yang akan menjadi pilihan...hurm...
semuanya terbaik. Semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing...
ketiga-tiganya seakan-akan sama
Sujudku Hanya PadaMU
Alhamdulillah... Di pagi yang nyaman ini, diriku mampu dan masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati keindahan Alam ciptaanNYA. Udara segar dan nyaman diselangi pula dengan bunyi kicauan burung, memecah kesunyian suasana pagi yang indah ini. Ketika ini, masih ada mereka yang lemah kudratnya untuk mengangkat hanya sehelai kain selimut yang nipis di tempat pembaringan.
Monday, March 14, 2011
Percutiaan yang tidak dirancang...
Assalamualaikum WBT
Bismillahirahmanirahim
Dengan lafaz yang mulia ini, aku memulakan penceritaan daku bersama marwan pada 12 dan 13 MAC 2011. Bermula kisah pabila tibanya masa 0001, 12 MAC 2011, perancangn yang bermain-main di lubuk pemikiran kami hanyalah menghadiri majlis perkahwinan Syuhada dan Shahrulfaizi yang akan dilansungkan di Dewan Majlis Daerah Kampar, Perak....... Tepat jam 0830, penganti tugasan di Location kami tiba, kami bergegas mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah dan beristirehat seketika sebelum memulakan trip perjalanan ke Kampar, Perak.
....................
Thursday, March 10, 2011
Anak kandung ditirikan...
Situasinya ibarat anak kandung sendiri di anak tirikan. Ingin menjaga kebajikan anak tirinya yang baru, anak kandung sendiri diabaikan. Kesempatan diatas kebaikan, kepatuhan dan ketaatan anak tersebut digunakan untuk menjaga hati si anak tiri yang baru itu. Lantas, kekecewaan anak kandung sendiri yang terbuku di lubuk sanubarinya tiada diketahui oleh sesiapa pun.
Subscribe to:
Posts (Atom)






