Saturday, March 20, 2010

Bersyukurlah dengan apa yang ada…



Sifat manusia, selalu ingin lebih dari orang lain. Selalu ingin miliki semua yang boleh dimiliki. Selalu mengimpikan sesuatu yang lebih dari apa yang sedia ada.




Jika dahulu Nokia 3310, sekarang telah bertukar ke Sony Ericson W995, kalau dahulu hanya kereta kancil menjadi idaman, tetapi sekarang Nissan Skyline yang menjadi impian. Jika dahulu gaji RM3000 sudah memadai, tetapi sekarang inginkan RM10k, jika dulu untuk terbang hanya mimpi, tetapi sekarang sedah menjadi kebiasaan…Tidak bersyukurkah kita atas nikmat yang terlalu banyak ini, apa lagi yang ingin dimiliki dan diimpi…
Pabila merenung akan banyaknya nikmat yang telah diperolehi, tidakkah kita mikirkan apakah sepatutnya dilakukan seterusnya…Adakah hanya berkata-kata sahaja cukup untuk menunjukkan yang kita benar-benar bersyukur?
Ibadat manusia sering tergangu disebabkan banyaknya nikmat yang Allah turunkan dengan tujuan untuk menguji hambaNYA ini. Semakin lama, semakin longar iman dek kerena ketidakpatuhan dan ketidak syukuran kita kepada nikmatnya. Lihatlah disekeliling kita…fikir-fikirkanlah, tenung-tenungkanlah…semoga hidup sentiasa diberkati olehNYA…

3 comments:

Khadijah said...

salam...ya betul tu,,,manusia hakikatnya tidak sentiasa puas dengan apa yang ada,,,ada juga di antaranya MAHU LEBIH DRPD ORG LAIN..

Asyraf said...

begitulah hakikatnya...samada orang lain, ataupum kita sendiri...

Aine said...

sifat qanaah itu lebih baik