Tuesday, March 09, 2010

Dimanakah anak-anak mereka?


Tidakkah kita merasa sedih pabila melihat kelibat warga tua yang semakin lama semakin hilang tenaga mereka, berusaha untuk terus berjalan dan berjalan dalam menghabiskan sisa-sisa hidup mereka yang sedikit ini Persoalannya, dimanakah anak-anak mereka? adakah terlalu sibuk mengejar wang sehingga mengabaikan tanggungjawab utama kepada ibubapa mereka? Fikir-fikirkanlah wahai manusia yang masih mempunyai ibu dan bapa di dunia ini...




Sering kita melihat, dipasar-pasar, kelibat warga tua yang berusaha mengerah keringat tenaga yang hampir hilang untuk mencari sedikit wang sebagai sumber bagi menghabiskan sisa-sisa hidup di muka bumi Allah ini. Alangkah sedihnya jika melihatkan keadaan warga tua yang seakan-akan ibubapa kita ini cuba menagih sedikit simpati masyarakat yang lalu dikawasan tersebut. Tidakkah anak-anak mereka tidak merasai seperti mana kita rasa? Dimankah hilangnya titisan susu ibu yang membesarkan kita pada masa dahulu?adakah kita tidak menyedari bahawa merekalah puncanya kita berjaya sehingga sekarang. Tanpa mereka dimanakah  kita sekarang?

Sepertimana diperhatikan, terlalu ramai warga tua dibiarkan bersendirian di rumah-rumah warga tua akibat ketidaksangupan anak-anak untuk menjaga mereka dek  kesibukan mencari kemewahan dunia yang tidak kemana perginya. Betapa peritnya hati ibu yang mengandungkan anak-anak seperti ini. Jauh dilubuk hati mereka merasa menyesal melahirkan anak-anak seperti ini. Walaupun dilihatkan ada senyuman dibibir mereka ,tetapi jauh nun dihati mereka kesedihan yang tidak dapat digambarkan dan diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang mengetahuinya segalanya.

Sayangilah ibubapa kita selagi mana mereka ada bersama-sama kita. Tiada apa yang boleh dibalas oleh seorang anak kepada ibubapa mereka kecuali kasih sayang di dunia dan doa pabila mereka tiada.

3 comments:

Che' Mat said...

i love my mom...n other mom in d world... huhu

Ain Nabihah Bt Ahmam said...

sedih bl bc arikel ni..
js ibu mmg x de tolok bndgnye..
kdg2 tgk org tua terbiar berkeliaran x de sp jg menitis air mate ni tgk..
kpd sume ank2 d dunia ni..hrgailah js ibu slagi die hdp.. =.(

Asyraf said...

kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi kita...jangan pingirkan mereka kerana munkin balasan yang sama akan diterima oleh kita...nauzubillahu min zalik