Thursday, March 04, 2010

Penghayatan Maulidul Rasul


Tiap-tiap tahun, 12 Rabiulawal mengikut kalendar islam, seluruh umat islam seluruh dunia akan mengadakan sambutan maulidul rasul sebagai tanda mengingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pelbagai jenis program diatur bagi memeriahkan sabutan tersebut. Antaranya yang popular dan kebiasaan dibuat  ialah SELAWAT.



Berbeza di kampung-kampung, sambutannya lebih meriah dengan adanya semangat kerjasasama dan gotong royong bagi menyediakan persiapan tempat dan juadah untuk sambutan "maulud" ini. Pada ketika inilah, setiap malam dirumah-rumah yang berbeza akan diisi dan dihiasi dengan selawat beramai-ramai oleh penduduk kampung. Disamping itu juga, ada sesetengah kampung yang membaca "rawi" atau dikenali sebagai riwayat oleh sesetengah tempat. Hanya golongan tua sahaja yang mampu untuk membaca dan menghayati bacaan rawi tersebut disebabkan oleh
semakin lama, semakin tertinggal dibawa arus globalisasi dan disebabkan golongan pelapis yang semakin lama semakin kurang berminat dengan pendekatan dan penghayatan ilmu agama seperti ini. Bacaan rawi ini jika difahami dengan sebaik munkin menyebabkan hati seeorang itu akan tersentuh dengan kalimahnya, akan tetapi, penterjemahan rawi ini belum lagi dibuat di kampung-kampung menyebabkan, hanya golongan yang mempelajari bahasa arab sahaja yang memahami apa maksud yang tersurat dan tersirat yang terkandung didalamnya.

Dibandar pula, kita sering melihat perarakkan besar berserta selawat mengiringi perjalanan ke sesuatu tempat berkumpul yang ditetapkan. Disini  kita sebenarnya dapat menilai adakah perarakan dan selawat ini  ikhlas untuk membesarkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ataupun hanya kerana terpaksa dek suruhan orang atas. inilah sebenarnya realiti yang sedang berlaku. bukan penghayatan yang dicari, tapi pakaian baru dan seragam yang bergaya diminta, bukan semua berkeadaan sebegini, akan tetapi untuk sebilangan besar mereka.

Sesungguhnya, tugas kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW untuk mengingati beliau bukan hanya setakat pada hari mauludnya sahaja, bah kan sentiasa berselawat tanda ingatan padanay pada setiap masa. itulah sbaik-baik umat Nabi Muhammad.

1 comment:

Che' Mat said...

sy stuju sgt ape awk cakap... (wpon sy bgn tdo lambat utk g prarakan) hahaha