Saturday, January 15, 2011

Assalamualaikum...

Waalaikumusalam...
Ringkas dan padat. 


Keindahan salam yang banyak memberikan kesan yang mendalam dalam perhubungan antara sesama manusia.
Erti 'salam' ialah selamat sejahtera yang mencerminkan sikap seseorang yang mempunyai nilai kesejahteraan, keamanan dan keselamatan. Pabila kita meneliti sedalam-dalamnya, 'salam' merupakan satu perkataan yang dapat mengikat pertalian dan rasa kasih sayang yang utuh diantara sesama muslim. Natijahnya, keselamatan, kesejahteraan dan keamanan dengan sendirinya terhasil di lubuk hati masing-masing.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda "Demi diriku di tanganNYA, kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Ingatlah, aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan berkasih sayang, iaitu kendaklah kamu saling memberi salam antara sesama kamu"

                                                                                              (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Al-Tarmizi)

Jelas disini bahawa tiket utama bagi orang-orang mukmin untuk membuka pintu lembaran perkenalan dan perbincagan yang dapat menimbulkan kerjasama seterusnya membawa kepada kasih dan sayang yang utuh. Perlu di igatkan agar tujuan salam itu diperhalusi dan diharmonikan agar ianya tidak menjadi satu ucapan kosong tanpa erti apa-apa.

Sampaikanlah salam, agar kasih sayang akan sentiasa berada di garisan tali ukhuwah mahabah yang utuh.


No comments: