Wednesday, January 12, 2011

Owh...Dunia Luar

Baru seketika berada di luar dari kampus pengajian...susah bermula gemersik suara-suara merdu dari sahabat yang mula untuk mengenali alam di luar kampus. Ada yang berkata" owh...bestnya kerja...tak usah belajar-belajar lagi..kepala pum tak pening...". tapi tidak kurang pula keluhan yang ingin kembali ke medan pengajian semula. Medan yang tidak perlu melayan  dan bersemuka dengan makhluk Allah yang pelbagai di luar sana. Semuanya mempunyai alasan yang tersendiri...

Permulaan peringkat demi peringkat mesti diteruskan. Ilmu di kampus seharusnya digunakan sebaik munkin di luar sana. Di medan ini lah bermulanya kehidupan sebenar sebagai seorang khalifah Allah di bumi ini. Bagaimana seharusnya kita berusaha dan merancang sebaik munkin untuk berjaya dan menguasai persekitaran yang amat berbeza di sana.

Merasa banggga bila ada di kalangan sahabat yang mula menguasai bidang-bidang yang di pilih oleh mereka. Ada diantara mereka yang terus diangkat oleh majikan dek ilmu mereka dan penguasaan mereka dalam kebolehan berkomunikasi dengan cara yang terbaik...tahniah...

Teruskan dan jangan mudah merasa rendah disebalik kehebatan mereka yang senior. Kita mempunyai kelebihan yang mereka tiada...teruskan perjuangan anda

1 comment:

FiLZaH said...

alhamdulillah...to them that got the job automatically..:) congratulation!!!....

all the best yea..:)