Tuesday, February 08, 2011

Coretan kisah Praktikal

20 Desember 2010 yang lalu bermulanya praktikal bagi diriku dan rakan-rakan. Bermulalah juga edisi ku berada di KLIA. Satu tempat yang pernah ku impikan ketika semester 2 pengajian dahulu. Akhirnya dengan takdir Allah, daku dan 9 shabat lain berjaya mengenali dengan lebih dekat apa sebenarnya yang ada di dalam KLIA ni. Pintu masuk utama ke Malaysia.

Ini merupakan kali ke 2 aku berada di pintu pelepasan antarabangsa selepas lawatan ilmiah 2009 bersama sahabat kepimpinan MPP ke Beijing. Bangunan yang disangka besar ketika itu sekarang berlegar-legar dikepala. Seluruh tempat kini berada di hadapan mata ku. Syukur Alhamdulillah.

Ternyata, KLIA merupakan tempat yang terbaik bagi daku dan kawan-kawan. Suasana bersama khalifah Allah yang berbagai-bagai jenis dari seluruh pelusuk dunia membuka mataku betapa dunia luar lebih hebat dari buku, kuliah dan kampus. Putih, hitam, kekuning-kuningan dan banyak lagi yang boleh dilihat.

Bagi daku, inilah masa dan peluang yang terbaik untuk meningkatkan lagi penguasaanku dalam berbahasa. Bahasa inggeris dan arab sudah mula menjadi darah daging dalam diriku. Boleh dikatakan bahasa yang dipelajari di alam pengajian adalah sangat berbeza dengan bahasa yang digunakan oleh khalifah Allah di muka bumi ini. Jika masyarakat Malaysia sendiri mempunyai pelbagai loghat, begitu jugalah diluar sana. Itu bagi passenger, belum lagi cerita kawan-kawanku.

Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan 2 shif iaitu pagi dari pukul 8-4 dan petang dari 2-10 malam. Bila ditanya tentang cabaran berhadapan dengan manusia, sudah tentu hebat cabarannya. Disinilah tempat yang terbaik untuk meningkatkan lagi akhlak dikalangan kami. Apabila dimarah, apa yang harus dilakukan? sebagai seorang manusia, sifat geram tidak boleh lari pabila dimarahi oleh seseorang. Kita juga mempunyai perasaan untuk marah. Tapi jika berjaya dikawal perasaan marah itu, besar hikmahnya.

Membantu dan berbuat baik kepada manusia amatlah digalakkan. Jika akhlak kepada haiwan perlu dijaga, apatah lagi kepada manusia. Bukan senang untuk melayan kerenah manusia yang perbagai perangai, tapi jika dengan semangat dan azam yang kuat, ianya mampu meningkatkan akhlak dan keimanan  kita kepada Allah. Niat untuk kesempurnaan kerja amatlah perlu diterapkan. "aku datang kerja ini dengan niat untuk membantu dan memberi pertolongan yang terbaik kepada semua passenger yang ada disana". Akan tetapi jika datangnya dengan perasaan yang moody dan amarah, kita tidak akan mendapat kemanisan bekerja dan membantu.

No comments: