Thursday, February 11, 2010

Penilaan terhadap suatu kejayaan


Kita sering menilai sesuatu kejayaan dalam kepimpinan itu hasil dari usaha yang senantiasa diwar-warkan oleh sesuatu pihak. Akan tetapi, tidak semua kejayaan yang diketahui adalah sebenar-benar kejayaan. Selalu kita melihat 2 pihak bermasam muka disebabkan sesuatu perkara yang kecil berlaku. Sedangkan jika seorang pemimpin itu benar-benar membawa arus kepimpinan yang betul,  perkara itu semestinya akan dapat diselesaikan dengan mudah.


Perkongsian ini merupakan satu kisah benar yang berlaku kepada 2 pemimpin baru yang sedang membawa darah kepimpinannya. Sebelum itu, beberapa persoalan yang timbul ini, berkemunkinan besar dapat menerjah pemikiran kita tentang tahap penilaian sebenar kita terhadap seorang pemimpin

Adakah wajar seorang pemimpin itu berebut sesuatu jawatan?

Adakah seseorang pemimpin itu  boleh digelar pemimpin yang terbaik jika mana berjanji tidak ditepati?

Melihatkan reaksi bos syarikat itu, sudah diduga, dia memang tidak setuju dengan perlantikan seorang pegawai baru sebagai pengurus di suatu bahagaian di syarikat itu. Puncanya bermula apabila pegawai muda itu yang dihantar khas untuk menjadi pengurus cuba untuk mempertahankan  jawatan yang bakal disandangnya. Bukan  gila kuasa, tp syarikat  dan rakyat memerlukannya. Ditambah pula beberapa pengurus lain yang juga baru dilantik membantah jawatan yang disandang itu. Mengapa semua orang tidak menyukainya untuk menyandang jawatan itu? Adakah dia tidak layak? Timbulnya persoalan baru, kenapa tiba-tiba bos syarikat itu menamakan seseorang yang memang baru dan tiada pengalaman untuk menyandang jawatan pengurus itu?layak kah dia?tapi Mengapa?

Merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku, pegawai malang itu terus mempertahankan  jawatan tersebut. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan jawatan itu dan pihak   pengurus besar telah memberikan satu tender baru kepadanya. Akan tetapi bos syarikatnya itu masih lagi tidak berpuas hati lagi terhadapnya. Masa terus berlalu, situasi terus meruncing. Bos syarikat itu terus bermasam muka tanpa sebab. Pengurus baru terus bersabar dan sedang berada dilandasan yang akan meletakkanya terbaik dimata pengurus besarnya...

Sedikit perkongsian yang munkin boleh difikirkan terbaik untuk semua yang bakal menjadi seorang pemimpin..

2 comments:

FiLZaH said...

when u become leader u must see your way..and think carefully when u want to decide some decision.

syamsul anam said...

1) tidak wajar seorng pemimpin itu berebut sesuatu jawatan ...
2) pemimpin tidak boleh digelar pemimpin yg baik selagi mne jnjinye tidak ditepati ..
3)janganlah kita sombong dan bongkak .. mungkin "pengurus baru" yg dipilih itu .. mempunyai ciri2 dan kepimpinan yg bagus untuk terus memimpin .. terimalah dan berilah kerjasama antre satu sme lain ..