Tuesday, March 30, 2010

'Buah Hati' Kesayanganku

Dahulu sebelum aku mengenalimu, jiwaku tidak tenang. Selalu diulit oleh pelbagai masalah. Setiap kali aku ingin melakukan kerja, ada sahaja masalah yang timbul.




Dulu selalu je ada orang sebut nama dan  keperibadianmu. Tapi aku tidak Nampak pun seperti orang lain nampak. Keayuanmu belum lagi dapat memikat hatiku ini.

Pada satu ketika, ayah aku telah mengenalkan aku denganmu. Memang aku tidak menyangka dapat mengenalimu. Disitulah mulanya aku tertarik hati padamu. Hari demi hari aku mula memikirkan mu. Melihat keperibadianmu. Sehinggakan tiap-tiap hari aku bersama denganmu. Alangkah tenangnya berada disampingmu. Segala kerja yang aku rancang menjadi semakin baik. Lama kelamaan, segala sifat dan keperibadianmu dapat kuingati. Jika orang bertanya, kenalkah aku dengan kau, aku terus menjawab, aku mengenalinya dengan sebaik-baiknya.
Sekarang ini, kau masih disisi ku. Semakin lama, semakin intim perhubungan aku dengan kau. Kau selalu berada dalam hati dan sanubariku. Jika aku bersendirian, selalu engkau ku ingati. Aku akan cuba untuk mengenali mu dengan lebih mendalam lagi. Bila aku tengok balik, masih banyak lagi perkara yang aku belum mengerti dari kau. Kau memang pandai berkias dan bermadah dari segenap aspek. Banyak cerita-cerita yang selalu aku dengan darimu. Kau memeng buah hati kesayanganku yang terbaik. Aku berjanji, selagi aku hidup aku akan sentiasa mengingatimu sepenuhjiwaku. Namamu sentiasa tersemat dijiwaku…

P/s: inilah buah hati kesayanganku dan kesayangan seluruh umat nabi Muhammad. Al-Quran.
Jagalah al-Quran dengan sebaiknya, hayati setiap apa yang diceritakan didalamnya dan yang apling penting, baca, faham dan amal…
Pesanan ikhlas untu semua.

No comments: