Friday, April 02, 2010

Tenang, Jangan Tertekan



Boleh dikatakan majoriti mahasiswa/i IPTA/IPTS akan menduduki final exam tidak lama lagi. Kesibukkan mentelaah pelajaran mula dirasai. Wajah-wajah yang dulunya berseri-seri mula kelihatan suram. Kepala mula kepeningan dek pelbagai fakta-fakta yang belum dihafal...
Kesenyuman mula beransur-ansur hilang. Sifat marah mula terzahir dengan sendirinya. Persoalannya, kenapa perkara sebegini berlaku kepada kebanyakan mahasiswa/I universiti?


Punca utamanya adalah kurangnya persediaan untuk menghadapi peperiksaan, apakah persediaannya? Adakah banyak membaca? Cukup ke semua itu? Itulah masalah yang timbul saban tahun. Persediaan dari segi pembacaan kemunkinan besar sudah mencukupi. Akan tetapi bagaimana pula persediaan dari sudut rohani dan jasmani. Jika dirujuk kepada doctor, punca utama ramainya mahasiswa/I universiti datang ke klinik atau hospital pada musim peperiksaan adalah kurangnya persediaan jasmani itu tadi. Makan tidak menentu, tidak bersenam, memaksa diri untuk belajar dan sebagainya menyebabkan penyakit yang tidak pernah dirasai akan hingap ditubuh mereka ini. Dari sudut rohaninya pula, kerana terlalu asyik mengulangkaji pelajaran, ada dikalangan kita terlewat solat atau pun terlepas solat subuh disebabkan berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran, Kurangnya membaca al-quran kerana terlalu focus pada bahan pembacaan duniawi dan sebagainya. Itulah yang dikatakan musim peperiksaan ialah musim yang ramai orang lalai dalam ibadat mereka. Sebaliknya pada musim inilah kekerapan membaca al-quran, solat hajat dan sunat, bersenam dan pengambilan makanan yang seimbang diperlukan. Ini kerana ketenangan untuk belajar dan mudah memahami ilmu itu adalah perlu untuk mengapai kejayaan yang diimpikan. Namun inilah perkara yang mereka ini sedar tetapi tidak mengamalkannya.

Jika perkara ini diamalkan, kita akan senantiasa dapat melihat wajah-wajah gembira dan ketenangan yang sempurna ditunjukkan oleh mahasiswa/I yang bakal menjadi pewaris kepimpinan Negara pada masa akan datang. Tiada lagi muka yang masam, diri tidak terurus, kehidupan yang berserabut dan sebagainya. Oleh itu segala tunjuk ajar yang ditetapkan oleh islam perlulah diamalkan sebaik-baiknya agar kehidupan kita senantiasa berada dalam keadaan sihat, ceria dan sempurna.

No comments: