Saturday, March 27, 2010

Ketika kaki melangkah...

Ketika kaki melangkah keluar, dimanakah sebenarnya pemikiran kita pada ketika itu? dimanakah tujuannya kaki berjalan pada ketika itu...Tiada siapa yang mengetahui kecuali dirinya sendiri...
Setiap langkah perjalanan kita jika diiringi dengan niat yang betul, ganjaran yang besar akan diterima dan sebaliknya jika niat yang dibawa adalah bertentangan  dengan syariat yang telah ditetapkan.

 Pada ketika itulah segala cabaran bakal ditentangi oleh musuh tradisi iaitu syaitan dan nafsu. Iman yang kuat akhirnya terkulai kerana lemahnya diri insan ini.

sebagai contoh. pernahkah kita berniat ketika kaki melangkah keluar dari rumah ke tempat menuntut ilmu? adakah keluar kita itu dengan rasa satu paksaan dari sesetengah pihak? Kesedaran yang tinggi tidak lagi dimanfaatkan dengan sempurna.

Harta dan wanita pemusnah segalanya... Ketika mana fikiran berada di landasan yang betul pabila kaki  melangkah keluar, akhirnya terpesong dek melihat ayunya wanita di tepian jalanan dan banyaknya harta yang belum lagi di pungut. Sebaliknya juga si wanita, kerana jejeka tampan itu, apa yang dipelajari hilang dibawa kerinduan...

Adakah semua ini pernah berlaku atas kita ini...
anda fikir, anda rasai dan anda hayati...

No comments: