Tuesday, March 23, 2010

Mata...




Mata adalah deria yang paling penting bagi seseorang manusia. Disebalik kejadian mata itu ada beberapa faedah yang telah digariskan kepada bangsa akhirat dan bangsa dunia. Separuh dari faedah yang bangsa akhirat mengunakan mata ialah memandang kepada keindahan pencipatan langit dan bumi serta keESAan dan kekuasaan Allah S.W.T. Manakala separuh lagi daripada mereka memanfaatkan mata dengan melihat al-quran, jalan ke masjid dan tempat menuntut  ilmu.


Bagi bangsa dunia pula, nikmat mata digunakan bagi mengelak dari segala perkara yang menyakitkan seperti jatuh, berlanggar dan melihat perkara yang haram seperti perempuan selain dari isteri dan mahramnya serta aurat lelaki. Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur:
Surah An-Nur



” katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ” Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan”

Dalam dunia yang serba moden ini, penjagaan diri adalah perkara yang paling penting tidak kira lelaki ataupun wanita. Contoh yang paling sesuai yang boleh kita ambik ialah ramainya wanita di tempat menuntut ilmu. Bagaimanakah caranya bagi kaum lelaki untuk menjaga pandangan mereka apabila setiap masa dikelilingi oleh ramainya wanita. Kiri, kanan, depan dan belakang semuanya ada wanita.
Maka pada masa ini, tugas wanitalah yang paling penting untuk menutup segala tempat yang amat perlu dilindungi dari pandangan lelaki yang bukan muhrim.
Pakailah pakaian yang tidak menampakkan susuk tubuhmu, tutuplah rambutmu dengan tudung yang betul-betul menutup kepalamu, jauhilah dari memakai wangi-wangian yang menarik lelaki untuk melihatmu, janganlah kamu memakai bunyi-bunyian di badanmu, kerna sudah tentu lelaki akan tercari-cari untuk melihatnya.
Oleh itu, bagi memastikan hati setiap manusia sentiasa suci dan bersih, lelaki dan wanita perlu memainkan peranan masing-masing agar segala perbuatan kita ini sentiasa berada di bawah keredoanNYA. 
Fikir-fikirkan lah………

6 comments:

NurAsh said...

salam.. lepasni semua kena purdahkan mata tau (balagah je ni..hehe)

filzah said...

so, kita haruslah menjaga mata kita...

FiLZaH said...

majaz mursal ke?

sabeela said...

the statement is correct. we are human being, sometimes people fall in the wrong path such as look at the bad things because of syahwah.hence, we need to remind and correct the mistakes each other to protect our eyes from looking the laghah things>>>bi iznillahi:)

Asyraf said...

المجاز المرسل الجزئية
that right kak beela...

ShahruL said...

jgn jdi mata-mata dah lah,,,
btul 2 acap,,,
mata mmg pnahan yg tjam,,,
dgn mata semua kebaikn bleh mjdi kjhtn,,,
dan sblknya,,,
jd plhralah mata dlm ap perkra pun...