Tuesday, March 23, 2010

Sedikit tapi banyak




Sebaik-baik perkataan adalah yang ringkas lagi padat dari sudut hikmah dan pengertiannya. Apabila seseorang hamba Allah mengucapkan sesuatu perkara, sebaik-baiknya perkara atau perkatan itu pendek dan mempunyai makna yang senang difahami dan padat. Ramai manusia suka bercakap, tapi semakin banyak seseorang itu bercakap, semakin banyak kesalahan yang akan dilakukannya. Kerana itulah, untuk bercakap kita semestinya bercakap apa yang perlu sahaja.

Perkara yang paling disukai oleh kita sebagai manusia ini bercakap tentang keperibadian orang lain atau dalam bahasa modennya dikenali dengan “GOSIP”. Akan tetapi, gosip ini jika diteliti sedalam-dalamnya terbahagi kepada 2 bahagian utama. Pertama, perkara yang dibicarakan itu tidak wujud dan ia diketogorikan sebagai “fitnah”. Dan apabila perkara itu benar, maka ianya bertukar sebagai “mengumpat”. Dua perkara dalam satu masa yang amat perlu dielakkan oleh semua manusia terutamanya rakan-rakan mahasiswa islam sekalian.
Daripada kita berkata-kata dengan perkara yang kurang bermanfaat bahkan berdosa,   marilah kita sama-sama memperbanyakkan  istighfar. kerana hikmah istighfar itu amat besar disisi Allah S.W.T
Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.Istighfar memiliki dua makna.

Pertama, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal’adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutup aib-aib kita. Semakin kerap kita beristighfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan, dan aib-aib. kerana Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Kerana tidak satu pun antara kita bersih daripada dosa, maka istighfar adalah kewajipan dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Kedua, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal’adzim bererti kita minta kepada Allah, memohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita menguatkan akidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlak kita mulia.

No comments: