Friday, January 14, 2011

Sabarlah duhai hati



Sebak di dada, terguris hati dek panahan kata-kata yang amat berbisa, menikam-nikam di segenap ruang...Apakah penyebabnya...? Belum matang lagi ke...? Umur jika dikira sudah semakin meningkat...

akan tetapi mengapa sukar bagi sesetengah mereka untuk memahami perkara sebegitu mudah dan senang...adakah terlalu berat untuk memikirkannya...
Umpama sindiran kosong yang tidak bermakna...kehidupan bersama sahabat dan rakan-rakan di kala masih dalam status bujang amat menyeronokkan...banyak perkara boleh dilakukan bersama. Ketawa riang sering kedengaran bersama di kala gembira...Tapi..dimanakah kesedihan...? Adakah tidak perlu untuk meratapi bersama...berkongsi suka duka...aduh...sukarnya...

Hati mereka sentiasa dijaga dengan teliti, di bimbangi jika terguris oleh panahan kata-kata...tapi, bagaimana pula nasib hati kita. Adakah hati kita tidak mempunyai perasaan?

Senang bukan senang..susah bukan susah...

Telajak perahu...boleh diundur lagi..telajak kata buruk padahnya...

Sekecil-kecil perkara boleh menjadi sebesar-besar permasalahan. Puncanya...EGO yang tinggi dalam diri. sukar untuk buang, maka beginila kesudahan.

Jika sesama umur atau sebaya sudah mula menunjukkan taring masing-masing, bagaimana pula yang telah bergelar senior. Dikatakan senior la orang yang paling tepat untuk menurunkan segala ilmu yang mereka ada. Alhamdulillah...ilmu itu amat berguna. Akan tetapi tidak kurang pula bagi mereka yang ingin merasakan kepahitan mereka dirasai jua oleh adik-adik mereka ini...

Jika tidak mahu sesat jalan, sudi-sudikan lah diri untuk bertanya. Tapi jika setiap kali bertanya, hati sentiasa dilukai...Owhhh...salah ke aku bertanya...aku ingin tahu, tapi megapa aku dimarahi? munkin aku salah tnya kot...

SABARLAH DUHAI HATI...Permulaan bagi semua, mentari panas...owg indahnya. Tiba-tiba hujan turun bersama kilat serta guruh yang amat kuat...bersabarlah. Alhamdulillah..akhirnya pelangi yang cantik keluar jua...

2 comments:

Wahnan Asliyam said...

i like it.....!!! sabar ye hati...:)

Anonymous said...

"wahai org yg b,iman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dr kesabaran musuh di medan p,juangan dan b,sedialah serta b,taqwalah kamu kpd Allah spy kamu b,jaya" (Al-Imran : 139)