Monday, March 07, 2011

Bila mulut berbicara...

Suara sering kali dikaitkan dengan mulut. pabila coretan mulut bermula, maka akan ada cerita-cerita yang akan berkumandang di telinga-telinga pendengar. Begitu mudah untuk berbicara dan berkata-kata.  
Nikmat yang Allah kurniakan haruslah dimanfaatkan sebaik munkin....Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi peluang untuk berbicara berbanding mereka yang bisu dan tidak berpeluang untuk berbica...

Bila mulut mula berbicara, akan ada cerita-cerita yang manis dan pahit dikongsi..."ce citer, ce citer..."pengubah dari kesunyian kepada kegembiraan dan kecerian. Perkongsian yang akan membina ukhuwah lebih kukuh sesama manusia yang berbeza kaum, warna kulit, keturunan dan pelbagai-bagai lagi aspek yang telah kita ketahui.

Sesetengah daripada kita lebih menyukai untuk berkongsi segala-galanya bersama teman-teman. Jika boleh, setiap dan segenap perkara ingin dikongsikan bersama. Hal ditempat kerja, hal ketika bersukan, membeli belah dan macam-macam lagi. Realitinya, perlu bagi kita seseorang yang boleh untuk berkongsi segala manis dan pahitnya kehidupan ini. Indahnya kehidupan bersama teman-teman yang amat memahami kehidupan masing-masing...

Pabila teringat akan forum yang bertajuk mencari jodoh...terdetik di fikiran, zaman bujang yang boleh dikatakan zaman perkongsian..."kalau ada 5 orang geng bersua, kelima-lima ingin mneceritakan pengalaman dan cerita masing-masing. Sehinggakan tak tahu siapa yang mendengar yang menceritakan...." tergelak hati kecil pabila mendengarnya. Bukan fantasi yang dibicarakan, akan tetapi realiti yang ternyata jelas dari kaca mata setiap dari manusia di dunia ini.

Hati mencetuskan lintasan,
fikiran mula menyatakan kenyataannya,
akhirnya mulut mula berbicara haknya...

No comments: