Wednesday, March 09, 2011

Mata melihat....Alhamdulillah

Indahnya suasana petang di Bandar Baru Nilai ni... Panas memancar di tengahari, Hujan tidak turun-turun disebelah petang...Akhirnya, mentari terbenam dengan amannya sambil menyinarkaan cahayanya yang terakhir untuk petang ini.


Melihatkan keadaan kereta yang teramat kotor akibat hujan, panas dan ditambah pula dengan debu-debu yang bertebangan di udara, terlintas dihati untuk memandikan kereta kesayanganku ini..."Basuh sendiri ke, nak hantar carwash je?..."Disebabkan badan masih lagi terasa penat, carwash bersebelahan mcD nilai la jawapannya...

Kepanasan masih lagi terasa bahangnya walaupun jam sudah menunjukkan 1730. Banyak pula kereta yang sedang dan bersedia untuk 'dimandikan'...terasa keldil pula keretaku ini pabila sebelah kanan dan kiri Jaguar, Mercedes dan Honda...Tapi tak mengapa, mereka mampu untuk memilikinya. Bersyukurlah, dalam usiaku yang masih di peringkat pengajian ini, aku sudah mempunyai kereta sendiri... Kereta arwah umi kesayanganku yang telah diamanahkan untuk dijaga dengan sebaik munkin...

Tiba-tiba, datang pekerja carwash, berdasarkan loratnya, munkin dari pakistan. Bukan merungut katanya, akan tapi kereta yang datang hari ni, kebanyakan yang mewah-mewah. Untuk mencucinya pum agak sukar ditambah pula dengan beberapa pekerja yang cuti...Raut muka yang mula menampakkan kepenatan. Terdetik di hatiku, bersabarlah, rezeki yang diperolehi  hasil dari keringat kerja yang halal adalah terbaik untukmu.

Sejam kemudiaan baru keretaku siap dicuci sepenuhnya, hasil kerja yang memuaskan. Melihat mentari yang mula untuk beredar, aku memasang impian..."petang ini aku nak tengok keindahan mentari terbenam di celah-celah bukit kawasan nilai ini"...selepas 15 minit berpusing mencari sudut yang terbaik, akhirnya aku menjumpai satu kawasan yang sangat cantik. cahayanya terus menyinar kedalam keretaku...10minit aku berada disana, tersangat indah...Bersyukurlah, aku masih diberi kesempatan dan kemampuan untuk melihat. Siang, malam, pagi, petang, keindahanya cukup indah. Tidak tergambar di fikiran bagaimana keagongan ciptaan Allah ini.

Allahuakbar...Allahuakbar...!!!...Masuklah waktu solat fardu maghrib bagi seluruh kawasan Nilai dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. selamat menunaikan solat dari ku di asyhralf.blogspot.com

No comments: