Wednesday, March 09, 2011

Melangkah kembali ke sana...

Assalamualikum wbt
Bismillahirahmanirahim...

Tepat jam 0830 08 Mac 2011 dalam sedang mengemas barang-barang untuk pulang dari kerja, aku menerima panggilan dari Family.Nurul Malaysia( My beloved Sister)...
"Assalamualaikum abe, kak bertolak ke mesir pagi esok"..."hah!! pagi esok?, Bila dapat tahu?"..."Pagi tadi, dalam laman web JPA, petang ni kene bertolak ke KL da."..."tiket ke KL cm mane?"..."abh sedang uruskan, barang-barang kak tak g cari lagi ni..."


10 minit selepas itu, abh telefon...
"abe, abh dah beli tiket untuk kak ni, flight malam ni, Air Asia KBR-KL, ETD:2210.."... "berapa harga tiket 2...?"..."RM 200+"..."malam ni abe direct g ambik kak kt LCCT, ETA:2300"

Termenung seketika, cepatnya adikku nak pergi...belum sempat nak berborak panjang bersama-sama. Flight Malaysia Airlines akan depature ETD:0500 09 Mac 2011.

1300.......................2130, waktu Malaysia, aku bersama  marwan memacu kereta ke Low Cost Carier Terminal (LCCT), inginku sampai lebih awal dari flight adik aku agar dia tidak tertunggu kehadiranku nanti. Aku diberitahu, dia akan bersama-sama 2 orang sahabatnya yang lain. Tepat jam 2300, flight Air Asia dari KBR tiba di LCCT, 2310, adikku dan sahabatnya muncul di balai ketibaan. Wajah suram menandakan adanya mood kesedihan 45 minit yang lalu di Airport Sultan Ismail Petra Kota Bharu. 

Selepas memasukkan semua barang ke dalam kereta, aku terus bergerak ke Main Terminal Kuala Lumpur International Airport (KLIA)... Setibanya disana, ku melihat ratusan manusia sedang berkumpul di kawasan departure hall berdekatan Check-In counter (L)

Para pelajar tajaan JPA serta ibu bapa penjaga masing-masing sibuk mengemas kini barang-barang anak mereka agar tiada yang tertinggal nanti. Setelah pembahgian pasport dan Boading Pass selesai, para pelajar tajaan JPA dikehendaki untuk Drop Bag kat Check-In Counter (L). Kemudian pada jam 0200, semua pelajar perlu berada di kawasan pentas Anjung Tinjau untuk taklimat terakhir sebelum berlepas.


Masa menunjukkan 0045, aku mengajak adikku dan kawan-kawannya untuk mengalas perut sebelum berlepas. Hanya KFC dan mcD sahaja yang masih beroperasi. Kami ke KFC. Aku membeli apa yang patut sebagai alas perut adikku dan kawan-kawannya. lebih kurang 4 jam lagi masa sebelum berlepas.

Jam menunjukkan 0150, masa semakin hampir untuk kami berpisah, aku memberitahu adikku yang aku ingin berangkat pulang dahulu. Malam sudah menghilang, kini awal pagi sedia menjelmakan diri. Selepas bersalaman, dengan berat hatinya aku melangkah perlahan-lahan meninggalkan adikku bersama-sama dengan rakan-rakannya. Perjuangannya masih belum selesai. 2tahun 1/2 lagi tempoh yang perlu diharungai disana

Semoga kejayaan akan terus bersamamu wahai adik kesayanganku, tuntutlah ilmu sebanyak yang munkin. Jadikan harapan abah dan arwah umi sebagai pendokong semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya...

Selamat Jalan...

No comments: