Wednesday, March 23, 2011

Kesenangan dan kesusahan...

Bagaimana ingin meluahkan kesyukuran pada Allah pabila nikmat yang ditarik sementara akhirnya dikembali semula...
Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah...Segala penat, lelah, kesusahan yang dialamidan diharungi banyak mengajar kita erti bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada...Setiap kesusahan yang dialami bukan untuk menghukum tapi ingin menguji setakat mana kesabaran dan ketahanan fizikal serta mental dalam memberikan khidmat yang terbaik untuk kehidupan...
Pada kebiasaan yang kita dengar, pelangi hanya akan muncul pabila hilangnya hujan dan guruh gempita di langit. Yang gelap dan kelam akan cerah kembali...

Dahulu kala, kita mengunakan basikal sebagai perantaraan diantara satu tempat ke tempat yang lain. pabila basikal rosak dan perlu dibaiki, maka terpaksalah mereka berjalan kaki untuk menuju ke sana. Disaat ini sudah tentu yang biasa dengan keselesaan akan merasa 'lemas' dan tersepit diantara kesusahan yang baru teruji...

"bila la nak siap basikal ini, lama betul la repairnya...",
"kenapalah time aku nak guna, time tu juga la diowng nak repair..."
"sepatutnya, kamuorang buat la planing betul-betul...cari basikal spare ke dulu untuk back up basikal lama tu..."

Bermacam-macam persoalan dan cadangan dikemukan, seaakan-akan kita disini hanya duduk, goyang kaki dan memberi kesusahan pada semua orang...hati manusia selalu akan ada masalah bila melihat keburukan orang lain.

Maka betul la kata orang, manusia yang kelas pertengahan ini selalu inginkan segala-galanya dihadapan mata mereka. Buka saja pintu rumah, semua kemudahan perlu ada dihadapan mata mereka. Jika inginkan makanan, buka saja pintu pertama, kedai runcit dan pasaraya siap sedia menunggu. Pabila pintu kedua dibuka, bank, atm dan sebagainya turut bersedia...situasai yang biasa sangat berlaku dalam kehidupan kita...
Semua tidak mustahil akan kita perolehi, tapi hanya satu tempat sahaja, iaitu SYURGA...
Oleh itu, berusahalah kearah sana...Semoga segala keperitan kita diuji, ibadah dan ketaatan akan mendapat balasan yang terbaik dari Allah Taala...

No comments: