Monday, April 04, 2011

Tiket Balik...

Ternyata pabila borang cutiku telah diterima, bermakna separuh fikiran mula melayan ke seluruh pelusuk kampungku yang terindah. 28 haribulan Mac, tarikh yang difikirkan  terbaik untukku. Tiketnya belum dibeli, nak naik flight ke, bas or keretapi...? mula-mula, aku buka air asia booking online, harga tiket KUL-KBR paling murah pum RM 90..tiket RM 53 sudah kehabisan...hurm..?
bBerfikir sejenak...nak balik by train, lama sangat...hurm?...yang terbaik at that time, bas je la...tp bas yang aku selesa bagiku adalah sani ekspress, tapi masalahnya nak pergi beli tiket jauh...hurm...tiba-tiba tanganku gatal nak search sani ekspress...
Wah!!!boleh booking tiket online la..hebat2..tanpa melengah2kan masa, dengan sepantas yang munkin aku mula mengisi setiap maklumat yang diperlukan...

Tapi kecewa seketika, pabila part terakhir iaitu pembayaran aku tidak dapat selesaikan... selepas 3 kali mencuba, akhirnya tidak berjaya juga...hurm...? tiba2 aku teringatkan kawanku yang tinggal kat pantai dalam. Aku sms dia dan bertanya ada tiket kaunter bas Sani Ekspress tak kat area KL Central?...Dia membalas dengan nada ketidakpastian dan lebih menjurus kepada ketiadaan...huhuh...

Pilihan terakhir yang boleh dibuat adalah hanya balik kelantan by Bus Cepat Ekspress...Jam menunjukkan 12 tengahari, aku terus bersiap menuju ke tiket kaunter Cepat Ekspres di Semarak...nak tak nak, ini je pilihan yang aku ada setakat ini.

Tiket pum sudah dibeli, hanya menunggu masa untuk berlepas sahaja...

Nilai ke Kota Bharu, Jam 0830, Seat 12.

No comments: