Monday, April 04, 2011

Rumah dan Kampungku

Lama sudah tidak balik kampung, rindu sangat. Hujan lebat menyambut ketibaanku di kampung halaman yang tercinta, Bus yang aku naik arrive berhadapan Masjid Guntong ETA 0630. Abahku baru saja siap mengimamkan solat subuh di masjid tersebut...
Selesai solat, aku bersama bapaku mula mengorak langkah menuju teratak kasih kami. Viva DBU 3639, kali ke 2 aku naik. Selesa sebab kereta masih baru dan dalam keadaan yang baik. Sampai di rumah, adik2 aku sudah segak dengan pakaian sekolah mereka masing-masing. Pagi ini, kami tidak berkesempatan untuk berborak. Munkin sekembalinya mereka dari sekolah pada petang nanti.

Tentatif hari ini hanya lah terisi dengan istirehat, makan dan berbual kosong bersama keluarga. Hujan masih lebat mencurah2 diluar sana. Beberapa perancangan telah dirancang sepanjang percutianku ini. Pertamanya, aku ingin membeli return tiket dan membeli sedikit barang keperluan dapur bersama umiku. Keduanya, aku akan ke kebun bersama abah. Ketiga, BBQ kt Pantai Irama Bachok.

Perancangan Pertama:
Pagi ini aku telah berjanji dengan umi aku, dalam pukul 1000 kami akan ke Kota Bharu.
Hujan masih lagi renyai2 membasahi bumi Cik Siti Wan Kembang ini. Jam 1000, kami memulakan perjalanan ke bandar KB. Tiket bas yang paling penting. Sudah semestinya Sani Ekspress yang jadi pilihan hati. Ingat di hati untuk mendapatkan seat single bawah, tapi semuanya penuh, terpaksalah berpindah keatas.
Apa yang penting keselesaan ketika perjalanan. Next trip, kami ke giant, membeli beberapa jenis barang keperluan dapur, semuanya barangan ringan.

Menu tengahari ini...? Hujan2 cam ni, jika pekena masakan panas memang sedap ini. dalam perjalanan balik kami berhenti membeli mee sup dan laksa peneng. Sambil menunggu, air kelapa yang fresh kami sajikan kepada tekak yang sedang kehausan.

Azan mula kedengaran manandakan masuknya waktu solat Asar fardu asar bagi zon 1 kelantan, aku bergegas ke masjid, sudah agak kelewatan. Tibanya di masjid, semua makmum menunggu imam yang belum datang, imam tua tak datang, abah aku sebagai imam muda sudah tentu tidak datang kerana masih ditempat kerja, bilal pum masih lagi di tempat kerja. Makanya, tiada yang lain la selain diriku. Penganti kepada mereka semua pada petang ini.

Malam ini akanku tutup dengan majlis tahlil arwah di umah jiranku yang kematian bapanya............

No comments: