Sunday, April 10, 2011

Kena Bakor Dek Mentari...


Peristiwa sudah lama berlalu, akan tetapi, saat ini baru kesempatan ini datang untuk mencoret sesuatu disini. Alkisahnya bermula pabila perancangn olok-olok ke Broga Hill menjadi kenyataan. Broga Hill, bukan Bogel Hill.
 
Tel berdering dan memerlukan seseorang untuk menjawab panggilan tersebut. Aku buat tak endah je, coz rakan kerjaku lebih dekat dengan tel tersebut. Tiba-tiba..."Acap, izzatul nak cakap"...bunyinya macam penting je. rupa-rupanya, perancangn ke Broga Hill akan diteruskan. Lebih kurang 8  orang yang telah comfirm untuk join pendakian tersebut.

"Acap, pas subuh terus datang umah sy yer, sebab kul 6.30 kita kene berkumpul di Salak Tinggi"..."ok2, roger"

Pada hari, waktu, saat dan ketikanya, aku bersama marwan bersiap sedia untuk mengharungi pendakian ini..."macam tinggi je bila guna pendakiaan  ni..."hehe...apa-apa pum, sebelum kami bergerak, bekalan mesti la ada, kami pum singgah la 7Eleven, beli roti dan air. Tangok2 jam, da pukul 6.32 pagi...Alamak!!!, da lambat ini, apa lagi, dengan sepantas kilat(*kilat lagi pantas la)kami bergegas ke tmpat yang di tuju, memang da terasa lambatnya.

Alkisah...Taibb, maka tersebut la kisah..Taibb...

Akhirnya kami semua samapai di kaki bukit Broga Hill dalam pukul 0845. Ramai jugak orang datang cini, melihat kepada banyaknya kereta di tempat parking yang disediakan. Baru hendak mula pndakian, kami berselisih dengan pengunjung2 yang kesemuanya sudah mencapai impian di puncak broga. Rope2 nya, mereka mendaki lebih awal. Melihat Sunrise di puncak bukit. Semestinya cantik.

"adik, jauh lagi ke nk samapi puncak ni..?"..."Jauh lagi, ni baru kt lutut bukit...", tergelak seketika...Kepanasan mula terasa, yang pakai jeket mula menaggalkanya...maklumlah, da la mendaki, waktu matahari da mula tinggi. Selepas berhempas pulas mendaki, dalam linkungan masa 0930, kami tiba di bahagian Leher Broga Hill..belum samapi puncak lagi..kepenatan mula terasa. Memanag terasa kene bakor je hari ini. Mentari memancar cahayanya menyinari seluruh kawasan separa bumi. Indahnya...

Tiba kami di puncak dengan kepanasan mula menyerap dan membakor dengan kepanasan mentari pagi. Masing-masing mula kepenatan dan perut sudah tentu telah mengeluarkan isyarat khas kepada otak agar cepat diisi.

Setelah sejam berada di puncak. Melihat keindahan alam semula jadi cipataan yang maha Esa, maka kami berangkat turun ke bawah.Walaupun target untuk sampai ke puncak tidak tercapai kerana kawan-kawan sudah keletihan, tapi kami puas kerana berjaya sampai di kawasan puncaknya...

Next trip Ke Broga Hill Masih dalam perancanagan...

1 comment:

izzatul . A . A said...

juju kate bogel hills . haha