Sunday, April 10, 2011

BBQ dalam Hujan...Part 1

Kepada semua peserta-peserta family day ke Ulu Bendul, semua dikehendaki berada di sana tepat jam 1000.

Dengan menurut perintah, maka semua peserta dikehendaki bertolak dari rumah masing-masing paling lewat jam 0900 pagi untuk sampai disana.
Kerang yang bakal di bakor...


Keropok goreng dengan minyak...

Sebelum hari yang dirancang tiba, aku bersama marwan  ditugaskan untuk menyediakan kerang, buah-buahan dan keropok goreng disamping membawa jaring untuk proses pembakaran disana. Petang sebelum hari itu tiba, aku berjalan ke Cheras... bukan berjalan yer, tapi pergi dengan kereta.."acap, ado kijo dop ptg nie?..kito g derak aloh cheras, judin nk g ambik helmet baru kat tesco cheras..".."owh, x dop kijo gapo pum, buleh jgak, kito g make dulu la, lapar perot doh nie..."
Jam menunjukkan 0345. perjalanan bermula, awan mula mengeluarkan isyarat bahawa hujan akan turun tidak lama lagi. Tiba-tiba, sebelum sampai di Tol Sungai Besi, hujan dengan lebatnya membasahi bumi Allah ini. Kelajuan terpaksa di minimum kan. Jalan mula jem...daripada 3 line, keadaan sudah menjadi 5 dan ada yang sudah masuk ke line 6.
Perjalanan diteruskan secara perlahan-lahan. Maka akhirnya, sampai jua di tesco cheras. Selepas judin menyiapakan urusan jual beli helmet bell barunya...."alang-alang dah sampai tesco ceras, baik beli terus barang-barang untuk BBQ esok...agak ramai la juga makhluk-makhluk Allah kat dalam tesco nie. Ini yang zahir dengan mata, yang tak nampak, tak tahu la berape ramainya...

Selepas kerang, kami bergerak kearah gerai buah-buahan. Tembikai yang menjadi pilihan. Akan tetapi, semua tembikai yang ada kurang menampakkan keseriannya. Maknanya isi nya kurang masak dan kurang manis. Kami tiada pilihan kecuali pilih dan ambik dikalangan yang terbaik...

Setelah selesai membuat pembayaran, perjalanan pulang juga turut diserikan dengan trafik jem. tapi tidak seteruk yang biasa dilalui...Pabila melepasi Tol Sungai Beli, trafik "Back to normal".Kata orang kelantan.

 Teringat akan keropok yang belum di beli, aku melencongkan kereta kearah Bukit Mahkota. Tujuannya untuk pulang melalui jalan Nilai 3 dan singgah di pasar untuk membeli keropok. Hujan makin lebat. kepala mula rasa pening dan berdenyut...Keropok RM 10 sekilo. Selesai membeli, aku memecut laju untuk terus pulang ke rumah. kepala sudah pening ma...

selesai barang-barang di keluarkan dari kereta, solat asar ditunaikan dan kepala dilentukkan di bantal yang lembut lagi menyenangkan... alhamdulillah..lega..

Bersambung.....

No comments: