Tuesday, April 12, 2011

BBQ Dalam hujan...Part 2

 Pagi yang hening dan sunyi mula di huru-harakan dengan deruan enjin moto dan kereta dari rumah aku sendiri...Barisan pendidik mula menyiapkan diri untuk ke sekolah masing-masing...Hari ini giliran aku dan marwan cuti. Tapi, projek Ulu Bendul sedang menunggu. Kerang sudah dibasuh dan di toskan. Keropok sudah digoreng dan kini kereta aku perlu dimandikan dahulu.

Cian kat kereta aku, lama sangat da tak mandi. Biasa aku bawak pergi 'salon', tapi dah hampir sebulan kekangan masa menyebabkannya tidak dimandikan. Akhirnya, tuan dia sendiri terpaksa memandikan sendiri...hehe

Jam 0900, masa yang sesuai untuk bertolak ke Ulu Bendul. Barang-barang sudah selesai dimasukkan didalam kereta. Apa-apa pum, kereta perlu isi minyak dulu. Perjalanana bermula dengan langkahan yang berhati-hati. Disebabkan hujung minggu, pergerakkan kereta di jalan agak sibuk. Munkin semua orang ingin menggunakan sepenuhnya waktu cuti yang ada bersama keluarga.

Tiba di Ulu Bendul Jam 1000. Capaian pertama tentu sekali tel aku. Search no: KLIA.PP.K.JAHAN. Orang yang pertama dihubungi. Kak Jahan dan sekeluarga dalam perjalanan dan hampir samapai. Aku terus bahagian atas dan mencari parking disebalik parking. Memang parking yang disediakan tidak mampu untuk menampung jumlah pengunjung yang terlalu ramai pada hari tersebut.

Setengah jam kemudian, kak Jahan dan family tiba. dan kami terus mencari port yang terbaik sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai. Terlalu ramai pengungjung sehinggakan kami terpaksa berada di satu sudut yang berhampiran dengan tempat pembakaran sampah. Tapi kami bernasib baik apabila kawasan tersebut sudah pum dibersihkan terlebih dahulu oleh pengunjung sebelum kami. Tepat jam 1106, rombongan cik kiah yang seterusnya tiba. Setelah menyusun dan meletakkan semua barang-barang ditempat yang sepatutnya, kami terus memulakan tugas masing-masing. Aku dan marwan memulakan sesi menyalakan bara yang diketahui ramai amat susah untuk menyalakan bara tersebut. Ada yang memotong buah, ada yang sedang mandi dan tidak kurang pula yang berangan...hehe

Tiba-tiba langit mula menggelap. Mentari di langit sudah pum kehilangan cahayanya. Suasana gelap semakin jelas kelihatan dan akhirnya, air tiba-tiba menitis di atas kepala kami. Disangkakan hanya awan yang berlalu, tetapi sangkaan kami meleset. Hujan turun dengan lebatnya tanpa memberi syarat untuk berhenti. Nasib baik,  mak cik "bi" berniaga tidak jauh dari tempat port kami. Dengan sepantas kilat, bi terus ke gerai mak ciknya dan mengambik khemah dn juga tali untuk menyelamatkan bara dan juga barang-barang makanan kami. Yang paling penting bagi aku sudah tentu my DSLR.

Jam menunjukkan 1350. Hujan masih terus menerus membasahi bumi Allah ini. Walaupun dalam hujan, tangan dan mulut kami terus menerus menjalankan XTVT makan kami. Sehinggalah pada jam 1500, hujan mula reda dan mentari muncul semula.
Paras air masih tinggi dan deras. Masih bahaya untuk mandi manda. Kami mula mengemas barang-barang dan bersedia untuk pulang. 
Tiba-tiba, kak Robaah mengemukan cadangan untuk ke taman ular sawa. Aku sejak dari kecik lago  fobia dengan ular ni. Tapi berbekalkan kekuatan dan tak mahu mengaku kalah, akhirnya aku berjaya memegang dan bergambar bersama ular sawa batik...yes!!! aku berjaya jua akhirnya...

Tepat jam 1640, kami bertolak pulang ke kediaman masing....

No comments: