Wednesday, August 17, 2011

Permata yang bersinar, Mawar berduri yang tajam


Laman web iluvislam aku tatap dengan penuh semangat. Artikal yang ditulis banyak membantu aku dalam penyebaran dakwah ini. Tiba-tiba khayalan aku membawa aku dimana aku bekerja dahulu. Tersenyum bila mengenangkan karenah manusia disana…
…………………………………………………………………………………………………………


Langkahan pertama ke tempat kerjaku dengan penuh semangat dan azam yang tinggi. Hari ini aku akan mulakan segala pekerjaanku dengan sepenuh senyuman dan keikhlasan. Kerjaya sebagai customer services di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) banyak memberikan aku pengalaman bagaimana untuk berhadapan dengan bermacam-macam jenis perangai manusia yang ada di muka bumi Allah ini.

Suasana pagi ini agak sibuk dengan keluar masuk manusia dari dalam dan luar Negara. Masing-masing mempunyai arah tuju yang berbeza. Lamunanku tiba-tiba terhenti apabila senior tempat aku bekerja menegurku.

“termenung jauh nampak?, teringat kat m.we la tu…”kemudian ketawa.

“bukan la akak, saya teruja melihat manusia-manusia kat sini,..heheheh”

“eleh, akak tahu…jangan nak sorok dengan akak..akak dulu lebih makan garam dari awk…”ujarnya lagi.

Sebagai orang lama disitu, sudah tentu senang bagi beliau untuk membaca air muka remaja seperti aku. Jika tidak memikirkan cinta, maka teringat kampung halaman la jawapannya. Aku tidak dapat menyembunyikan lamunan itu yang jelas aku terbayangkan sebutir permata yang sedang bersinar dengan terangnya. Munkin ini permata yang sering kali aku impikan. Tapi aku akui, segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah. Jika permata ini akan menjadi milikku, alangkah indahnya. Setiap perancangan manusia hanyalah sekadar sahaja. Perancangan Allah itu yang hakiki.

Hari berganti hari, minggu bertukar bulan dan setiap tahun semakin cepat berlalu, aku mula merasa yakin bahawa saat untuk aku menerima sebutir permata didalam diriku semakin hampir. Persiapan ilmu sudahku mulakan. Aku bakal menjadi ketua dakwah dalam masjid yang bakal dibina. Semakin banyak buku, kitab dan artikal yang ku baca, aku sedari diriku masih belum sempurna. Masih banyak ilmu yang belum aku khatam. Aku muhasabah diri sedalam-dalamnya. Adakah layak aku dengan pertama yang bersinar itu?...
Perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat hambanya. Dalam keadaan gembira, tiba-tiba hatiku berduka. Permata yang ku harapkan bersinar dan bakal memberi kebahagiaan dalam diriku rupanya sebutir batu hitam didasar lautan. terlalu pedih hati ini untuk menerima semuanya, tapi Allah maha kuasa, segala ujian yang diberikan ada hikmahnya dan aku bersyukur ujian yang getir ini berlaku dalam bulan ramadhan yang penuh berkat menyebabkan aku tenang untuk menghadapinya.

Aku bertekad untuk meneruskan hidup dengan lebih baik. Aku yakin, jodoh aku dan segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah taala. Hatiku mula tenang untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Dengan takdir Allah, sekuntum mawar berduri datang  mengusik fikiranku. Hatiku mula tertarik dek ketegasan dalam kelembutan. Memang dia adalah permata yang dicari. Permata yang sentiasa mendambakan kasih Allah. Tiada apa yang diharapkannya kecuali, keredoaan Allah, ibu dan keluarganya serta ingin mendapatkan seseorang yang ikhlas dapat menjaganya. Hanya yang layak sahaja berhak mendapatkanya. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaranku, akhirnya aku diijabkabulkan dengannya. Melihatnya, hatiku terasa sangat tenang. Begitu juga denganya.
…………………………………………………………………………………………………………

Ya Allah aku bersyukur dikurniakan seorang yang isteri yang solehah. Isteri yang banyak membantu dalam membina kekuatan ketika aku menjalankan kajian master ku. Beliau sah menjadi isteriku selepas aku selesaikan satu sem pengajian masterku. Kehidupan yang terlalu bahagia Ya Allah. Bersyukur padaMu

“abg…, merenung jauh nampak….” Tiba-tiba isteriku datang menyapa sambil membawa segelas air.

“owh..syg rupanya, terkejut abg tau…”dengan nada yang manja.
“abg baca apa tu?...”

“abg sedang baca artikal berkaitan cinta remaja…” aku menjawab

“owh…abg baca la dulu ea, syg tak nak ganggu abg la” …begitu la isteri kesayanganku, jika aku dalam ruangan mentalaah ilmu,dia tak akan cuba untuk menggangu konsentrasi aku.
Aku meneguk air yang disediakan oleh isteriku dan segera offkan laptopku. Aku bangun dan terus duduk menghadap isteriku. Mata kami bertentangan. Sejuk dan tenang hati melihat isteriku ini. Aku memegang pipinya kemudian mencium dahi dengan penuh kasih sayang. Tiba-tiba, benih-benih jernih keluar dari matanya. Aku dengan pantas menyekat benih-benih itu dari terus membasahi pipinya. Kasih dan sayangku padanya hanya Allah yang tahu. Dan kerana Allah jualah aku memperisterikanya.


No comments: