Thursday, August 18, 2011

Family

Tatkala mata semakin rapat tertutup, fikiran hanya pada tilam dan bantal, satu sms mengegarkan poketku…
“abg yong, kami nk ajak a.yong buka puasa sama2 esok”…sms yang dihantar oleh kakak.

Mata yang hampir tertutup terbuka kembali. Aku segera reply sms tersebut dan memberi tanda persetujuan atas jemputan tersebut. Ibu, p.long, m.long, abg boboy, beby, kakak dan yoges sudah memberikan kata putus yang mereka semua akan tunggu aku balik kerja dan bergerak sama-sama.

Mereka adalah family angkat aku. Family yang dibina ketika aku bekerja di KLIA dahulu dan perhubungan kami masih kekal sehingga hari ini.
Beby send msg untuk remind agar aku tidak lupa untuk membawa m.we aku sekali. Beby sangat berharap sangat. Nikon D3100 yang hampir 6 bulan aku guna kini menjadi teman rapatku. Dan itulah m.we yang selalu disebut-sebut oleh beby. Malam sebelum event yang kami rancang, aku telah siapkan m.we aku tersebut. Bateri sudah di charge begitu juga lens. Semakin lama aku menggunakan m.we aku ini, aku semakin seronok. Banyak kenangan yang kami bina bersama. Dan dengan menggunkan m.we aku juga, aku kini sedang menyiapkan perancangan untuk membuat satu filem pendek berkaitan Hari Raya.

Tepat pulul 5.30 petang aku bergegas pulang dari pejabat. Beby dan yoges sedang menunggu aku dirumah kakak. Mereka telah oder masak lemak cili api ikan merah untuk juadah berbuka nanti. Dalam keadaan kelam kabut, aku terlupa untuk membawa teman rapatku. Bila tiba di rumah kakak baru aku perasan m.we aku tertinggal di rumah.

Muka beby mula berubah. Dalam kereta aku cuba explain pada beby yang aku betul-betul lupa untuk bawa m.we aku tersebut. Event hari ini hanya berbekalkan kamera henset sahaja. Kami akan ke bazaar ramdhan salak tinggi untuk membeli sedikit juadah tambahan untuk berbuka nanti. Terlalu banyak juadah yang ada disana sehingga aku pening untuk memilih apa yang perlu aku beli. Dan akhirnya, tiada apa yang aku mampu beli.

Waktu berbuka semakin hampir. Aku segera bergerak ke restaurant anti aini. Ibu, p.long dan m.long sudah berada menunggu disana. Setiba disana, perkara pertama yang family kami buat adalah…BERGAMBAR…

Rasa macam artis pum ada. Segenap ruang mereka manfaatkan dengan berkesan.
Kami bergerak ke meja makan. Waktu berbuka semakin hampir. Lauk pauk semua sudah terhidang. Cuma nasi putih yang belum tiba.

“sekarang masuklah waktu berbuka puasa bagi kawasan port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu dan Rembau Negeri Sembilan”

Azan terus kedengaran dari corong radio yang dipasang. Selepas mengaminkan doa berbuka, kami terus menikmati juadah yang disediakan. Dalam waktu yang sama, kamera masing-masing masih lagi berfungsi untuk mencatit segala aktivi yang dilakukan. Melukis menggunkan cahaya.

Habis juadah utama, p.long terus oder ais-cream dan acara memotong kek bermula. Malam ini, perutku terasa sangat penuh. Selepas solat magrib, kami terus kemeja untuk menghabiskan makanan yang masih banyak.

Jam menunjukkan 8.20, kami bersiap sedia untuk bergerak, aku pula akan terus ke masjid untuk menyelesaikan tanggungjawabku pada Allah.


No comments: