Sunday, August 21, 2011

Basikal biru, Basikal Merah


“Abg nk basikal warna biru!!!!, adik ambik la warna merah. Kan adik suka warna merah…”

“Tak nak, tak nak!!!, adik nak basikal biru jugak, adik tak kira!!!”

Pergaduhan kecil antara 2 beradik yang hampir sebaya menyebabkan ayah yang sedang lena tersedar. 2 buah basikal sebagai hadiah kejayaan mereka dalam peperiksaan akhir tahun telah sedia dibeli. Si abang mendapat nombor 1 dalam kelas tahun 2 manakala adiknya mnedapat nombor 1 dalam kelas tahun 1.

Asrul abang yang sulung sememangnya menyukai warna biru sejak dari kecil lagi. Semua barang-barang keperluan diri berwarna biru. Sampaikan baju raya tiap-tiap tahun warna yang sama. Bagi Fakhruddin pula, warna kegemarannya adalah merah. Tapi tidak semena-mena, basikal yang biru pula yang diingini.

Memandangkan pergaduhan mereka semakin berterusan, ayah yang sedang lena tadi bangkit untuk menyelesaikan masalah mereka. Pendekatan tegas dalam kelembutan banyak mendisiplinkan anak-anak mereka khususnya dalam bab solat dan membaca al-Quran. Dalam umur yang begitu kecil, ayah telah membawa kedua-dua anaknya ke masjid dengan harapan pada masa akan datang nanti, inilah tempat utama yang akan dikunjungi nanti untuk mengabdikan pada Allah Taala.

“adik, kenapa adik nak basikal warna biru, kan adik suka warna merah? Ayah belikan basikal yang cantik dan warna merah khas untuk adik tau…”pujuk ayah dengan lembut.

Asrul dalam masa yang sama telah mengambil basikalnya dan berlegar-legar di laman rumah. Fakhruddin terdiam. Dia mengetahui yang warna merah sahaja warna kesukaannya, tapi kenapa hatinya hari ini ingin memberontak untuk mengambil basikal warna biru tersebut. Perasaan ingin lebih dari abangnya selalu ada.

Selepas dipujuk oleh ayahnya, akhirnya fakhruddin akur dengan nasihat ayahnya…

Selepas 20 tahun berlalu, Fakhruddin sedar yang tugas sebagai abang sulong bukan mudah. Segala urusan keluarga dan adik-adik menjadi tanggungjawab abang selepas ayah. Fakhruddin juga selalu meminta pandangan dari abangnya dalam beberapa perkara. Ternyata, abang kesayanganya itu lebih matang dari nya walaupun dibezakan setahun sahaja.

Abangnya kini bekerja sebagai pensyarah disalah sebuah Universiti di Kuala Lumpur meyebabkan masa untuk bersama-sama seperti dahulu semakin kurang. Akan tetapi, tiap-tiap bulan abang akan luangkan masa untuk balik menjenguk ayah dan mak dirumah. Kesibukkannya di kota tidak memberi alasan untuk dia pulang bertanya khabar keluarga disini.

Fakhruddin bersyukur kerana dengan berkat kesabaranya, dia berjaya menghabiskan pembelajarannya dalam bidang kedoktoran dan kini bekerja di hospital dimana tempat dia belajar dahulu. Tempat bekerja hanya 20 minit dari rumah ayah memberikanya kepuasan untuk selalu pulang menjenguk ayah dan mak.

“Din, calon isteri untuk din abg da jumpa da. Alhamdulillah baik budi pekertinya, tinggi agamanya. Nanti abg balik, abg cte kt din dgn lebih detail yer…” SMS dari abangku dari Kuala Lumpur.

Tersenyum lebar Din selepas tersedar dari lamunan. Dia tahu yang calon yang bakal abang akan kenalkan padanya adalah yang terbaik dari abang. Din selalu berharap isterinya nanti sebaik kakak iparnya, isteri kepada abangnya. Cantik, pandai ambik hati orang tua, tinggi agama, pandai masak dan banyak lagi. Tidak sabar pula untuk menunggu abang pulang.
“terima kasih abang”.balasku.

No comments: