Sunday, September 04, 2011

Ujian yang gagal


Sedih di hati pabila melihat sahabat-sahabat perjuangan yang berjuang bersama-sama di dalam akademi ramadhan gagal mengaplikasikan ilmu dan amalan selepas keluar dari akademi tersebut.

Sebulan bulan ramadahan yang penuh barakah, bulan penuh rahmat yang memberikan setiap perbuatan baik ganjaran yang berlipat kali ganda kepada setiap hambanya. Mereka dan aku sendiri menyedari bahawa, ketiadaan ramadhan merupakan satu kesedihan buat mereka yang mendambakan kasih sayang dari Allah SWT.

Kejahilan sebelum tibanya ramadhan mula tertutup dengan tibanya bulan ramadhan. Maksiat yang selalu dilakukan tiba-tiba terhenti dengan mengejut. Ibadah yang jarang dilakukan tiba-tiba secara mengejut berlipat kali ganda dilakukan. Alhamdulillah, Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada kami semua.

Sebulan berada dalam akademi ramadhan sudah cukup untuk mereka yang betul-betul ingin berubah dan istiqamah dalam berjuang seterusnya mendambakan kasih sayang kepada sang pencipta, ALLAH SWT. Tapi, perubahan dalam bulan ramadhan sahaja tidak cukup untuk memberikan darjah kejayaan untuk mereka pabila semua perkara yang dilakukan sebelum ramadhan berulang kembali. Suara wanita yang merupakan aurat bagi lelaki dilaungkan sewenang-wenangnya. Mengoda dan lemah lembut bukan untuk lelaki-lelaki lain diluar sana, tapi hanya untuk suamimu yang halal bagimu. Mata lelaki yang disimpan dan dijaga baik dalam bulan ramadhan mula liar mencari mangsa. Alangkah ruginya mereka, sesudah jiwa dibersihkan dengan sesuci bulan penuh rahmat, tiada pula istiqamah untuk terus berjaya membawa perubahan dalam diri.

Ruginya bagi mereka yang tidak mengambil sepenuh-penuhnya peluang yang terbentang luas dihadapan mereka ini. Adakah anda pasti, anda akan berjumpa dengan ramadhan akan datang?
Renungkan bersama

No comments: