Monday, March 14, 2011

Percutiaan yang tidak dirancang...

Assalamualaikum WBT
Bismillahirahmanirahim

Dengan lafaz yang mulia ini, aku memulakan penceritaan daku bersama marwan pada 12 dan 13 MAC 2011. Bermula kisah pabila tibanya masa 0001, 12 MAC 2011, perancangn yang bermain-main di lubuk pemikiran kami hanyalah menghadiri majlis perkahwinan Syuhada dan Shahrulfaizi yang akan dilansungkan di Dewan Majlis Daerah Kampar, Perak....... Tepat jam 0830, penganti tugasan di Location kami tiba, kami bergegas mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah dan beristirehat seketika sebelum memulakan trip perjalanan ke Kampar, Perak.
....................

Jam menunjukkan 1130. masa untuk bangun dan bersiap-siap... Tiba-tiba terdetik di pemikiranku untuk menelefon abahku. Jika tidak silap, dalam minggu ini familyku akan ke Kedah untuk menziarahi sepupuku yang terlibat dalam kemalangan di Alor Star...
" Assalamulaikum, abh duk mano 2?..."Abh sekarang duk kt jeli, on the way dari @ ke  Kedah"...telingaku menghantar maklumat yang baru ku dengar tadi ke pemikiran yang mengatakan bahawa abh dan familyku on the way ke kedah...

Selepas menyelesaikan perbualan tersebut, kami bertolak ke kedai makan MAMA CAFE untuk sarapan dan makan tengahari. ketika sedang enak menikmati kelazatan nasi kukus ayam dara, tiba-tiba aku mengeluarkan satu idea..."kito g kedoh nak we?...abh aku on the way g sano...nk g tengok sepupu aku xcdent"..."kedoh?, buleh jugak, esok pum x kijo ag nie. pelo2 tubik derak, bia puah hati terus,...tak jauh doh sero dari kampar g kedoh..."

Bermulanya perancangan tergesa-gesa dari kami...

Selepas makan, kami bergegas kembali ke rumah dan mengambil apa-apa yang patut untuk bekalan selama 2 hari perjalanan kami. Minyak di isi sebanyak RM 50. 

Tepat jam 1300, kami bertolak terus ke Kampar......... Pada pukul 1445 kami tiba di persimpangan Tapah. keadaan aliran trafik yang tidak begitu sibuk melancarkan perjalanan kami. Average Speed yang aku lakukan 130 km/j. kadang-kadang telepas ke 150km/j... Bayaran tol yang dikenakan dari Nilai terus ke Tapah sebanyak RM 27.20. Dari tol Tapah menuju ke Kampar mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Tepat jam 1530, kami tiba di bandar Kampar. Bandar lama yang kecil memudahkan kami mencari Dewan Majlis Daerah Kampar tersebut. Pabila kami melintasi dewan tersebut, alangkah terkejutnya kami pabila melihat majlis tersebut telah pum selesai. Yang tinggal hanyalah beberapa orang sanak-saudara  mereka dan juga pekerja sedang mengemas barang-barang......hurm...

Nasib kami kurang baik hari ni...

"Adoi...Habih doh we...cepat sengoti ore luar wat majlis kawin...tak sapa pukul 4 tutup keda doh..."..."tu la, mari sengeh ko dewan jo la kito hari ini...nasib baik make doh satni, klu tok gak, kerut la perut kito..."

Kami bergerak ke stesen minyak petronas seketika. Aku mencapai tel ku dan terus menelefon abh aku..

"Assalamualaikum...abh duk mano 2?"..."abh duk jelawang doh nie...singoh umah ayah man"..."baru nk g kedoh ko, br balik dari kedoh?..."balik dari kedoh doh nie"..."laaa,ore ingat abh baru nk g kedoh...ore duk kampar nie, ingat nk g kedoh jgak, tp abh balik doh, x jadi la..."

Termenung kami buat kali kedua. Fikiran mula buntu, tapi masih mencari idea-idea yang bernas..."kito g meye dulu lah, masjid dekat doh nie..tenang-tenang fikiran dulu.."... 

Selepas menyelesaikan solat jama' qasar zohor dan asar...kami mula bergerak ke ipoh. Mudah-mudahan dalam perjalanan nanti akan terlintas idea, ke mana destination kita seterusnya...signboard GOPENG dan IPOH sudah tidak jauh dari tempat kami berada. Masa menunjukkan 1640


Tiba-tiba, mata kami tertumpu kepada signboard berwarna coklat yang menyatakan...(Gua tempurung    2KM)...kami tersenyum kembali..."JOMMM!!!!"...signal aku arahkan ke arah kanan...kami memasuki simpang Gua Tempurung... 

Setibanya kami disana, pengunjung sudah mula berkurangan. Kami park kereta betul-betul di hadapan tasik bertentangan dengan pintu masuk gua tempurung tersebut.
 Selepas mengambil DSRL ku, kami mula melangkah ke kawasan gua tempurung. Akan tetapi, kami sekali lagi dikecewakan pabila, waktu melawat dan mengadakan xtvt di dalam gua tempurung sudah pum tamat. 
Kemurungan sekali lagi menjelma di wajah kami...hurm... Selepas mengambil beberapa keping gambar, kami bertolak semula ke Bandaraya Ipoh.

Dalam perjalanan, sekali lagi idea kami terhasil pabila melihat signboard Simpang Pulai dan Cameron Highland. Dalam pada itu, marwan juga berkata, sepupunya juga ada di Ipoh. Marwan menghubungi sepupunya dan disambut dengan suara yang mengembirakan. Kami akan ke rumah Saiful @epul (sepupu marwan) dahulu sebelum ke destinasi seterusnya. Hujan mula turun dengan lebatnya di kawasan Bandaraya Ipoh ini. Tepat jam 2000, kami tiba di rumah epul. 
Selepas berbual kosong, epul mengajak kami untuk keluar minum di dataran Ipoh. Selepas membersihkan diri dan solat, kami bergegas ke dataran Ipoh. 


Orang ramai mula membanjiri dataran tersebut walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. Nak tergelak pum ada pabila pelayan kedai kawasan dataran itu mengunakan sebaik munkin pengalaman mereka untuk menarik pelangan masuk ke kedai mereka. Akhirnya, kami telah setuju untuk masuk ke salah sebuah gerai yang menawarkan satu jenis menu yang agak menarik iaitu
 nasi goreng ikan rebus

Jam berganti jam, sedar tak sedar sudah 3 jam lebih kami berada di dataran itu. Banyak perkara yang dibualkan. Tepat jam 0030, 13 Mac 2011, kami mula meninggalkan dataran Ipoh dan kembali ke rumah epul.  Mata masih segar, kami layan beberapa cerita yang ada di rumah epul. Tapi hanya 1 cerita je yang habis. Itupum marwan je yang tengok, aku dan epul dah lama berada di alam mimpi.

0630, kami tersedar. Subuh belum lagi dilaksanakan, kami terus menunaikan kewajipan itu dengan segera. Pagi ini, epul akan membawa kami ke pasar yang terkenal di Ipoh. Bukan setakat baju dan kasut bundle, tapi barang antik turut dijual di situ. Antara yang menarik perhatian kami ialah, barangan kereta yang terpakai, duit siling dan kertas versi lama, jam antik, dan sebagainya. Pendek kata, sekecil-kecil barang hingga sebesar-besar barang pum ada dijual disana. Amat menarik dengan telatah pengunjung dan peniaga yang pelbagai cara untuk melariskan barangan mereka.



Jauh berjalan menyebabkan perut dan tekak mula mengeluarkan isyarat kepada otak agar bertindak dengan segera. Jadi epul memberi cadangan untuk memenuhi keperluan perut masing-masing di restaurant berhampiran dengan stadium Ipoh. Tempoyak, sambal, ikan bakar, ulam-ulaman menjadi santapan kami untuk tengahari.

Kenyang makan, mata pula memberi isyarat pada otak. Memang aku kene rehat dulu sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. Terasa sangat mengantuknya... Sesampai saja di rumah, aku terus merebahkan badan untuk mengtenangkan otak, mata dan juga badan yang kepenatan. Sejam lebih juga aku dan marwan terlena... Jam menunjukkan 1330. Masa untuk berangkat ke Camaron Highland sudah tiba. Barang-barang kini bersatu  kembali di dalam satu tempat(bag). Menurut epul, dari Simpang Pulai ke simpang Camaron Hingland mengambil masa lebih kurang sejam dan dari simpang Camaron ke Bricang mengambil masa sejam.

Kami memulakan perjalanan dengan berhati-hati. Disamping itu, mata dan fikiran kami terus meneroka keindahan suasana ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Maha Suci Allah...Sungguh indah permandangan ini...

Setelah mengharungi jalan yang berliku, akhirnya kami sampai di persimpangan pertama menuju Camaron Highland. Udara sejuk mula menguis wajah kami menandakan destinasi yang dituju semakin hampir. Jalan mula sibuk dengan  kenderaan pelancong dan juga kenderaan peladang keluar masuk. 


Satu demi satu Strawbery Farm dan Tea House dapat kami lihat sepanjang menuju ke Brincang. Para pelancong tidak melepaskan peluang untuk membeli dan merasai kelazatan strawbery yang fresh dari ladang. Mereka juga berpeluang untuk mengutip sendiri buah strawbery dari ladang dengan harga yang berpatutan. Berbagai-bagai gelagat manusia dapat dilihat. Semuanya mempunyai identiti dan tujuan masing-masing.

Jam 1515, kami tiba di bandar Brincang, bandar yang terkemuka di Camaron Highland ini. Banyak kemudahan yang boleh didapati di kawasan ini. Hotel, masjid, balai polis, Hospital dan lain-lain lagi.

Aku memulakan langkah pertama untuk mencari kawasan yang terbaik untuk parking. Setelah lama berpusing, akhirnya, parking yang di idam-idamkan menjelama. Kami berjaya parking berhampiran dengan masjid Brincang. Kesejukan mula terasa walaupun mentari masih lagi gah berdiri di pucak bukit-bukit di sekeliling kami.

Tiba-tiba, aku terlihat satu signboard yang amat menarik untuk aku kunjungi. Big Red Strawberry Farm
"we, ado ladang strawberry ni, jom masuk. Kita naik ngn keto la"..."molek jugak 2, ado 200 parking dia tulis kat atas ni"..Aku terus start kereta dan terus memecut naik ke atas. Alangkah terkejutnya, rupa-rupa, ada ladang besar disebalik bukit ini. Terasa amat kagum melihat keindahan dan kepintaran pengusaha membina kemudahan di atas puncak bukit ini.

Setelah penat berpusing diatas, kami turun kembali dan mula mencari makanan. Kami bernasib baik kerana, berhampiran dengan tempat kami berada itu, adanya pasar malam. Kami pusing-pusing seketika dan membuat keputusan untuk membeli nasi ayam percik dan udang celup tepung. Sangat enak. Tapi angin sejuk mula menyelubungi diri kami. Baju t-shirt nipis yang kami kenakan memang tidak dapat untuk memanaskan badan kami.

Pada asalnya, kami ingin tidur disana, akan tetapi disebabkan ketidak lengkapnya pakaian yang kami bawa, kami membuat keputusan untuk terus pulang. Kami membuat keputusan untuk melalui jalan Camaron Highland-Tapah. Keluar saja dari Brincang dan Tanah Rata, kami disajikan dengan pemandangn ladang teh yang sangat menarik dan luat. Maha Suci Allah...



Jam 1930, kami memulakan perjalanan keluar. Perjalanan yang tersangat mencabar. Marwan mula merasa pening dek jalan yang terlalu teruk benkang bengkoknya.

Sehinggakan aku sendiri sebagai driver pum mula merasa loya. 60 KM terasa sangat jauh. Jam 2045, akhirnya aku sampai di tol tapah. 

Selepas mengambil resit tol, aku meneruskan kembali perjalanan balik. Akan tetapi, didalam fikiranku hanya satu, aku ingin tidur sementara di R&R Tapah. 


Pening dan Loya akibat diulit oleh jalan tadi masih terasa. Setibanya disana, akau terus merebahkan kerusi dan terus terlena sehingga jam menunjukkan 2330. Aku bangun, solat jama' magrib isyak dan kemudian terus bertolak balik ke Nilai.

Jam 0145, akhirnya kami selamat tiba di PT 5765, JLN 9/2F Taman Desa Anggerik Nilai. Alhamdulilah, percutianku walaupum tidak dirancang, tapi ianya tetap menarik.

2 comments:

Wahnan Asliyam said...

amboi2.....korang....cuti x ajak...

Asyraf said...

Hehe..percutian yang memang tidak dirancang nie..hehe,,next time br nk rancang elok2...