Tuesday, March 15, 2011

Sujudku Hanya PadaMU

Alhamdulillah... Di pagi yang nyaman ini, diriku mampu dan masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati keindahan Alam ciptaanNYA. Udara segar dan nyaman diselangi pula dengan bunyi kicauan burung, memecah kesunyian suasana pagi yang indah ini. Ketika ini, masih ada mereka yang lemah kudratnya untuk mengangkat hanya sehelai kain selimut yang nipis di tempat pembaringan. 
 Dikatakan mereka kuat. Mampu untuk mengangkat bebanan yang berat yang tidak tercapai oleh sesetengah manusia, akan tetapi tenaga dan kekuatan mereka tiba-tiba hilang diwaktu pagi tatkala hamba Allah yang lain mula mengorak langkah sujud menyembah yang Maha Esa. 

Kesenangan dan keamanan yang dikecapi menghanyutkan mereka. Suara azan mula kedengaran di udara. Jam menunjukkan 0604. Waktunya sudah tiba.
Bersegeralah!!!...
jangan kesejukkan air dijadikan alasan, jangan kesejukkan kerana dek hujan semalam menyebabkan selimut semakin ditarik keatas. Bangkitlah!!!pintu rezeki sedang menunggu anda.

Allahuakbar!!!.....
Ya Allah, aku bersyukur padaMU, aku masih diberi kesempatan untuk hidup lagi di bumi milikMU ini.
Ya Allah, aku sujud menyembahMU memohon diampunkan segala dosa-dosaku, kedua ibubapaku, kaum kerabatku, sahabat-sahabatku, guru-guruku serta umat islam seluruhnya.
Ya Allah, aku bertaubat kepadaMU segala dosa-dosaku......................

Al-Quran yang tersusun kemas di almari ku capai dengan cermat. sehelai demi sehelai lembaran ku baca dan fahami. Indahnya susunan ayat-ayatMU...Segalanya disusun untuk keperluan manusia yang seadanya.
Mentari mula mengeluarkan sinaran cahayanya. Indahnya tidak terkata. Terdetik di hati kecilku, adakah esok aku akan dapat melihat cahaya lagi? Adakah cahaya ini akan terus bersinar bersamaku atau pum mula menyinar tanpa kehadiranku lagi. Kematian pasti akan menjelma, tiada siapa yang tahu bila dan ketika mana ianya akan tiba menjemput kita. Gelak ketawa, suka ria bersama tidak menjamin kehidupan akan terus berpanjangan.

Kehidupan seharian banyak melalaikan manusia. Batasan pergaulan mulai longgar. Lelaki dan perempuan sudah sukar untuk dibezakan sikap dan tuturkatanya. Dahulunya, tiada kemudahan yang membolehkan mereka terus berhubung dan bergaul. Akan tetapi, bila zaman teknologi mula berkembang pesat, maka bermula la pergaulan tanpa sempadan. Yang jauh sentiasa akan dekat, yang dekat akan bertambah dekat. Ya Allah...
Muhasabah diri perlu sentiasa diteruskan. Tsunami menganas lagi di Jepun. Adakah dengan berita itu dapat menginsafkan diri kita? Kelibat ombak hitam yang menganas dengan dasyatnya mengerunkan semua yang melihatnya. Tapi berapa lama kita dapat bertahan dengan berita sedemikian?

Hati dan fikiran diciptakan oleh Allah dengan hebatnya. Maka berfikirlah dengan sebaiknya.


No comments: