Tuesday, March 15, 2011

Yang Pertama, kedua atau ketiga...?

Ada 3 pilihan. Yang mana satu yang akan menjadi pilihan...hurm...
semuanya terbaik. Semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing...
ketiga-tiganya seakan-akan sama

Setelah di teliti dengan mendalam, baru dapat dipastikan yang mana harusku 'beli'...
'harganya' juga perlu berpatutan...5 kriteria yang ditetapkan mesti dipenuhi. Untuk menjamin apa yang diperolehi akan berkekalan selama-lamanya dengan izin Allah
Perubahan mula kelihatan pabila ketelitian diperhalusi

Jangan terburu-buru...bersabar dalam membuat keputusan itu adalah yang terbaik. I'Allah, akan ada keputusan yang terbaik menanti. Jika dibeli dengan 'harga' yang 'murah', tapi 'kualiti barang' kurang menepati ciri-ciri yang ditetapkan tiada guna jua. Begitu juga 'barang yang mahal' tapi kualitinya rendah...
semakin jelas...pemilihan perlu dilakukan dengan segera...

Mudah-mudahan, akanku perolehi dengan 'harga yang murah' dan kualiti barang juga terbaik agar dapatku jaga dan memeliharanya sampai akhir hayatnya.
Hanya satu yang terbaik bakal ku miliki

Semoga Allah mempermudahkan urusanku dalam membuat keputusan ini...

No comments: