Monday, March 21, 2011

Wah!!!...rezeki-rezeki...;-)


Sekeres-keras batu akan terhakis jua walaupun dengan titisan air yang lembut. Di ibaratkan sepeti seketul hati yang keras dan hitam, akan menjadi lembut dan jernih kembali apabila aliran ayat-ayat suci al-quran mengalir menerusi hati tersebut.
 
Bismillahirahmanirahim..."Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Bagi mereka yang selalu travel, menjelajah ke Gua-gua di Malaysia yang indahnya di bawah ciptaan Allah SWT ini, tentu sekali mata dan fikiran akan teruja akan kebesaran Allah Taala dalam penciptaaNYA. Lekukkan batu akibat titisan air jelas kelihatan disana sini.


Jangan disangka air itu lemah. Kerana air manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dapat hidup. Kerana air juga la datangnya musibah seperti banjir dan tsunami dan kerana air jugalah terjadinya manusia dengan kekuasaan Allah. Adakah dengan sedemikian kekuasaan Allah belum lagi dapat kita mengagongkan kebesaran Allah Taala...?

Allah maha pengampun dan pemurah kepada hamba-hambanya. Rezeki berlimpah ruah turun dari langit semata-mata ingin memberi kesenangan kepada hambaNYA. Akan tetapi adalah hambaNYA bersyukur dengan apa yang diperolehi...? ataupum mereka lupa siapakah yang memberikan mereka semua rezeki...? 

Makanan yang amat menyelerakan, gaji yang begitu lumayan, bonus tiap-tiap tahun diperolehi dan sebagainya...Belum cukupkah rezeki yang diturunkan untuk mereka bersyukur...? Alasan terlupa sepatutnya telah lama luput dari pemikiran masing-masing dan adakah datangnya  musibah baru disedari akan kenikmatan yang dikecapi...?

Setiap pemberian yang diperolehi amatlah dialu-alukan penerimaannya. " Ko da makan...?klu belum aku belanja ko makan hari ni..."...wah!!! rezeki...ada orang nak belanja hari ini...lihat situasai yang kita selalu lalui...semestinya akan keluar ayat dari hati kita, "terima kasih kawanku"...dan selepas dari itu, kita akan selalu menjaga hatinya dan selalu untuk membantu walau dalam senang atau susah...Dihadapannya selalu untuk menampakkan kebaikan...terhutang budi...

Akan tetapi mengapa susah bagi kita untuk terhutang budi dengan Allah Taala...? Sukarkah untuk mengucap syukur dengan nikmat yang diperolehi...?Adakah kita lupa, manusia yang memberi hanyalah perantaraan rezeki yang diturunkan oleh Allah Taala...? Kita mengucap terima kasih kepada syarikat kerana bonus tahunan yang tinggi. Tapi jangan sesekali lupa, disebalik syarikat yang memberi, ada yang lebih tinggi mengawal semuanya. Allah SWT.
Alhamdulillah...Syukur padaMU Ya Allah...


No comments: