Tuesday, March 30, 2010

Maafkan aku 'KAWAN'



















Su, dah lama aku melupakan kau. Dulu aku tak macam ni Aku selalu jumpa ko. Kalau ko janji,
mesti aku datang tepat pada masanya. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi
tadi, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan baru tesedar. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas,mana  tidaknya, malam tadi aku tidur lambat...

Assignment bertimbun. Dengan test la, homework la.Tu belum lagi dengan presentation. Sambilbuat kerja sambil borak dengan kawan lama. Menyesal aku tak siapkan
awal-awal assignment tu. Kalau tidak, mesti tidak jadimacam ni. 
Minta maaf Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi aku harap sangat kau faham keadaanaku. Bukan kau sorang jer yang aku tak jumpa, Su.

Zu pun dah lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Minta maafBanyak-banyak Zu. Aku sekarang lambat balik kelas.Pukul satu lebih. Lepas itu ada kelas lagi pukul 2.Sampai pukul 6  petang. Kalau tak ada kelas petang nasib lar.
Balik jer perut lapar terus pergi makan kat kedai mamak kejap.Lepas pekena roti canai dan teh tarik, terus balik. Siap-siap nak turun ke padang, main bola kejap.

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampakmacam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Akusibuk, As. Masa inilah aku nak lepas kan tension belajar.

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab kau ni ganjil kot. Yang lain tak ganjil macam kau.Macam mana nak jumpa kau, Mag. Balik main pulak tudah lewat. Penat main, singgah minum kejap, hilangkan dahaga. Balik dari main, mana boleh mandi masa
berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang,baru aku mandi.

Lepas mandi,kawan-kawan aku ajak keluar makan. Aku tahu aku ada temujanji dengan Is malam ni,
pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dahtunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diorang kataaku sombong pulak. Tu yang aku tak nak
dengar tu. Sambil makan sambil sembang. Lepas satu topic, satu topic lain yang keluar. Tengah malam baru balik. Lepas tu layan gamejap dan buat kerja yang lecturer bagi. Pastu mata mengantuk,terus padam. Is, maafkan aku. Last-last,semuanya aku tinggalkan.

P/S
· Nama sebenarnya kawan-kawan, Su, Zu ,As, Mag,
dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar,
Maghrib dan Isyak.
· Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga.

Pesanan untuk kita semua. Tiada kaitan antara sesiapa jika mereka tidak melakukannya dan peringat yang besar jika ada yang merasa pernah melakukannaya..




7 comments:

FiLZaH said...

salam...
advise yang sangat berguna....

so, sedarlah wahai umat manusia...

terima kasih kerana share...

aine said...

salam, da lama ke buat keje ni? memang tak patut. alhamdulillah dah sedar.

Anonymous said...

bgus..sama2 kita ingat-mengingati dan jangan leka untuk kita lakukan perkara yang lima2 sebelum datang lima yang lain...

Asyraf said...

semoga manusia-manusia yang leka ini cepa tersdar dar lamuanan mereka...pedoman untuk semua...tiada kaitan samaada yang hidup ataupun yang telah mati....

FiLZaH said...

dunia semakin tua, so, sedar2 la yea..untuk renungan diriku n yang lain...

miss fiza said...

salam alaik..nice entri buddy..=)

eita said...

bagus....saling ingat mengingati antara satu sama lain...
kadang2 kita banyak terlalai dengan keindahan duniawi......
sebab tu kita banyak lupa....