Sunday, January 16, 2011

Malunya aku!!!


Malu betul bila ramai orang nampak aku pakai baju tidak bergosok…
Malu betul aku orang kata aku skima…
Malu betul aku rasa bila orang kata aku solat di awal waktu...

Apa sebenarnya malu ni…
Malu ialah perasaan jiwa yang tidak sanggup membuat sesuatu yang mendatangkan kecelakaan serta mengelak diri daripada terlibat di dalam perkara-perkara yang dianggap tidak baik oleh masyarakat luar sana. Secara mendalamnya, perasaan malu inilah yang dapat menjaga tali persaudaraan serta masyarakat di luar sana serta dapat menjaga diri dari melakukan perkara-perkara keburukan.

Daripada Umran bin Husain r.a. Rasulullah telah bersabda: “Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yang baik”

Akan tetapi, perasaan ini sudah mula dilunturkan sedikit demi sedikit. Masyarakat sudah tidak malu jika tidak berpuasa, tidak solat, melakukan perbuatan maksiat terang-terangan, berdua-duaan dan sebagainya. Ini lah natijah pabila perasaan malu telah lenyap dari diri mereka dan perasaan biadab dan kurang ajar berleluasa terus mengambil tempat kosong tersebut.

Bermulanya kes-kes yang memalukan pabila di dengar dan tidak memalukan bagi mereka yang melakukan. Masyarakat yang dikatakan Islam ditangkap makan siang hari di bulan ramadhan. Tidak kurang pula yang bercumbu-cumbuan tatkala tudung masih di kepala, ikatan belum dilunaskan. Sudah tiada perasaan malu bagi mereka.

Daripada Abi Mas’ud, Rasulullah telah bersabda: “ Apa  yang didapati oleh manusia daripada kata-kata Nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu”

Perintah ini bukan bermaksud memberi keizinan melakukan sesuatu yang diingini sekehendak hati, tetapi adalah suatu suruhan yang terselit di dalamnya suatu amaran yang keras dan ancaman balasan yang buruk. Jika kita dapat mengimbau kembali kenangan ketika kecil-kecil dahulu, ayah selalu melarang dari membuat sesuatu dengan berkata “ kalau degil, buat la sesuka hati engkau”

Sifat malu ialah satu cabang bagi kesempurnaan iman, malu juga merupakan asas didikan bagi kemuliaan akhlak sejak zaman Nabi-nabi terdahulu hinggalah kepada Muhammad. Mereka yang tidak bermalu tidak akan ragu-ragu melakukan kerosakan dan kedurjanaan. Mereka diancam dengan balasan yang sejajar dengan kelakuan mereka. Hakikatnya, sifat malu akan mendatangkan kebajikan, kekuatan, kemajuan seterusnya mendapat kemuliaan dalam hidup.

1 comment:

miss fiza said...

nice entry acap :)
teruskan berblog!